Sunday, May 15, 2011

Kehadiran PPP akan timbulkan masalah politik di Sarawak - Dr Jeniri Amir

 

Posted on May 12, 2011, Thursday

MIRI: Kehadiran Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) di negeri ini menimbulkan keraguan dan tanda tanya di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak.
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan juga penganalisis politik, Dr Jeniri Amir memberitahu jika melihat sejarah politik di Sarawak, belum pernah ada parti komponen BN dari Semenanjung Malaysia yang dapat menembusi negeri ini.
“Ia (kehadiran PPP) benar- benar mendatangkan ketidakselesaan di kalangan parti-parti komponen BN Sarawak,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.
Menurutnya, jika benar parti berkenaan ingin mengembangkan sayapnya ke negeri ini dan tindakannya dihalalkan, PPP memerlukan restu terlebih dahulu daripada Pengerusi BN Sarawak untuk memastikan bahawa usahanya itu tidak mendapat tentangan.
Katanya, jika melihat kepada landskap politik sekarang, kehadiran parti berkenaan sedikit sebanyak akan menghakis integriti parti komponen BN Sarawak yang sedia ada.
“Semua parti komponen BN Sarawak masih ingin memantapkan pengaruh masing-masing, PPP hanya akan dilihat menimbulkan masalah dalam arena politik Sarawak,” jelasnya lanjut.
Pada Isnin lalu, PPP melalui naib pengerusinya, George Budit dalam satu s idang media di Kuching menga t aka n bahawa parti berkenaan akan merekrut lebih ramai ahli baru sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
George juga dipetik sebagai berkata bahawa pada ketika ini, PPP mempunyai 29,000 ahli seluruh negeri dan dalam pilihan raya lalu parti tersebut turut terlibat dalam membantu parti-parti komponen BN berkempen.
Dalam pada itu , hari berikutnya pula, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Sri Dr James Masing melalui sistem pesanan ringkasnya (SMS) kepada Utusan Borneo mempersoalkan kewajaran PPP yang berkeras untuk melebarkan sayapnya ke negeri ini walaupun beranggapan ia adalah hak parti berkenaan untuk berbuat demikian.

1 comment:

  1. Kenape Sarawak perlu banyak sangat 'Otonomi'

    ReplyDelete