Wednesday, May 18, 2011

Francis Siah dan Abdillah Nassar jangan cuba cetus huru-hara - Pemuda PBB Kuching


by Sandy Mark Luna. Posted on May 18, 2011, Wednesday





PELIHARA KEAMANAN: Wan Hamzah (empat kiri) menunjukkan laporan polis manakala ahli-ahli lain merangkumi ketua-ketua pemuda memegang kain rentang dihadapan balai polis, semalam. — Gambar Jeffrey Mostapha

PBB minta MoCS batalkan niat adakan demonstrasi demi keamanan negeri

KUCHING: Movement of Change Sarawak (MoCS) harus membatalkan niat meng-adakan demonstrasi jalanan secara besar-besaran sekira-nya Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tidak meletak jawatan sehingga 13 Ogos ini kerana ia dikhuatiri menimbulkan huru-hara.
Ketua Pemuda PBB Zon Kuching, Wan Hamzah Wan Paie berkata, kenyataan Pe-nyelaras MoCS Francis Paul Siah yang berbaur ugutan dalam blog itu boleh dianggap subversif yang menghasut rakyat untuk memberontak dan satu kesalahan besar di sisi undang-undang.
“Francis mempunyai niat untuk mengadakan demonstrasi jalanan besar-besaran ala Timur Tengah yang boleh mengancam ketenteraman awam di Sarawak.
“Walaupun beliau (Francis) menyatakan perhimpunan rakyat yang dirancangkan itu akan dijalankan secara aman damai, namun dalam perenggan terakhir kenyataannya, beliau menyatakan sekiranya terdesak, beliau sanggup me-lakukan apa sahaja bagi memaksa Ketua Menteri berundur,” katanya.
Hadir mengiringi beliau, Timbalan Ketua Pemuda Zon Kuching Irwan Zulkarnain bersama 50 ahli pemuda lain.
Wan Hamzah yang juga me-rupakan ahli EXCO Pemuda PBB Negeri berkata, Francis juga perlu menarik balik ke-nyataan tersebut.
“Tujuh hari adalah masa ke-ramat untuk beliau menarik balik artikel itu, kalau tidak maka kami akan pergi ke Kuala Lumpur dan berjumpa send-iri dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein) menuntut tindakan lebih keras diambil oleh beliau,” katanya selepas membuat laporan polis di luar Balai Polis Central di sini, semalam.
Beliau turut memberitahu bahawa ia merupakan gambaran jelas bahawa Francis berpotensi menjadikan perhimpunan itu sebagai momentum yang boleh menghuru-harakan negeri ini.
Katanya, justeru pihak polis perlu menyiasat sama ada Francis menjadi perkakas negara barat yang ingin melihat Malaysia menjadi padang jarak padang terkukur menerusi pemberontakan dan huru hara dalam negara seperti apa yang dilakukan oleh ejen negara barat di Arab.
Kerisauan Pemuda PBB itu timbul katanya, apabila Francis merancang untuk melibatkan jumlah rakyat Sarawak yang besar iaitu 200,000 orang yang tinggal di luar negeri.
Katanya lagi, perancangan besar itu sudah pasti menelan sejumlah wang yang besar dan mahu polis menyiasat sumber kewangan itu sama ada dari luar negara, khususnya negara barat.
“Tindakan Francis yang menuntut Ketua Menteri untuk meletak jawatan sebenarnya menghina proses demokrasi dan menghina suara rakyat yang jelas menyatakan pilihan mereka yang mahu Pehin Sri (Abdul Taib Mahmud) terus memimpin Sarawak,” katanya sambil menyifatkan Francis secara terang menghina perlembagaan negara.
Wan Hamzah turut memberitahu bahawa Francis perlu berhadapan dengan pemuda PBB sebelum membuka mulut berbicara mengenai Ketua Menteri kerana mereka akan menjadi benteng pertahanan kukuh bagi mempertahankan kepimpinan Taib dan kepimpinan negeri ini.
Pemuda PBB turut me-nyeru seluruh rakyat Sara-wak memboikot dan menggagalkan perancangan jahat Francis itu atas nama kestabilan dan ketenteraman negeri yang dinikmati selama ini.
Tambahnya lagi, seluruh pemuda PBB Sarawak di setiap zon (13 buah) akan membuat laporan polis yang sama sehingga pihak polis mengambil tindakan sewajarnya.
Sementara itu, ditanya mengenai tindakan MOCS yang mahu berjumpa Yang Di-Pertuan Agong untuk mengemukakan memorandum menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melakukan siasatan terhadap Ketua Menteri, beliau memberitahu usaha sedemikian tidak dipertikaikan asalkan menerusi saluran betul.
“Kalau mereka ingin berjumpa pihak atasan atau pihak mahkamah sekalipun, itu saluran undang-undang sebetulnya asalkan bukan menimbulkan huru hara di negeri ini dan kita tidak memberi ruang langsung kepada perkara sedemikian,” katanya.

No comments:

Post a Comment