Saturday, December 18, 2010

WAHAI PEMIMPIN UMNO, BELAJAR DENGAN GUAN ENG KALAU NAK DAPAT SOKONGAN!!!!


Gambar Lim Guan Eng makan nasi dalam bekas plastik, dimainkan oleh beberapa buah blog. Dan biasanya bergantung kepada kecenderungan blog berkenaan. Kalau blog tersebut cenderung kepada Pakatan Rakyat, maka segala puji-pujian, segala nilai-nilai zuhud akan diberikan kepada Lim Guan Eng. Dan kalau blog-blog berkenaan cenderung kepada UMNO-BN, maka gambar tersebut akan melengkapi kitaran lakonan dan penipuan Lim Guan Eng yang tidak akan berkesudahan untuk mendapatkan simpati orang Melayu seperti kisahnya di Melaka dahulu.

Kepada para pemimpin UMNO-BN, gambar Lim Guan Eng itu sepatutnya memberi pelajaran berkesan kepada anda semua terutama dalam usaha NAK MENIPU MELAYU yang menyokong Pakatan Rakyat.

Mulai hari ini, jangan lagi pakai sut kalau pergi bersidang atau di mana-mana sahaja. Pakai sahaja kain pelikat, berselipar dan berbaju pagoda, sungguh pun untuk tugas-tugas rasmi. Jangan sesekali memakai sepatu kulit yang berkilat-kilat, tapi pakai sahaja selipar jamban, lagi karat, lagi bagus.

Tolong jangan makan di mana-mana restoran lagi. Makan sahaja di tepi jalan, beramai-ramai dengan gaya berkelah. Dan pastikan anda tidak menggunakan tangan, sebaliknya gunakanlah daun apa-apa sahaja hatta daun pakau sekalipun untuk menadah nasi serta lauk pauk. Jangan sesekali makan makanan mewah, sebaliknya makanlah nasi berlaukkan garam dan ikan masin yang sudah berulat.

Jangan sesekali minum air yang dibancuh dengan gula dan berwarna-warni. Minum sahajalah air paip, air longkang, dan air hujan. Pastikan juga masa nak minum, ada jurugambar yang akan mengambil gambar anda untuk disiarkan dalam semua media dalam negara ini.

Tolong jangan sesekali menggunakan kenderaan mewah yang bersifat rasmi. Jangan juga pakai kereta hatta kereta tu dari jenis Toyota KE20... pakai saja basikal cabuk. Atau paling mudah, naik bas awam bersama-sama rakyat yang lain.

Pastikan juga anak-anak anda tidak berpakaian. Kalau perlu sangat, pakai sahajalah pakaian yang compang-camping dan lusuh. Jangan buat rumah besar-besar. Dirikan sahaja sebuah dangau dengan bahan-bahannya dari hutan. Jangan gunakan elektrik, sebaliknya gunalah unggun api dan kayu api. Jangan juga gunakan telefon, sebaliknya gunalah ketuk-ketuk atau gendang raya.

Kalau segala nasihat tersebut diikuti dan penyamaran dilakukan jauh lebih baik berbanding Lim Guan Eng, percayalah, para penyokong Pakatan Rakyat akan meniarap menjulur datang mendapatkan anda. Silap-silap, mereka mungkin akan menyalakan colok, pasang kemenyan atau hadiahkan anda limau tiga biji.

Sebabnya, mereka mudah tergoda dengan apa yang mereka pandang. Otak mereka tidak dapat menganalisa dengan apa yang berlaku kerana mereka telah pun dihijab hati dan mata basyirah.

Gunakanlah kesempatan ini dengan sebaik-baiknya kalau anda ingin menarik sokongan kaum Pakatan Rakyat

No comments:

Post a Comment