Saturday, December 4, 2010

Portal Kerajaan Negri Sarawak bertaraf 5 bintang

Portal rasmi perlu terus ditingkatkan
by Nick Fletcher. Posted on December 3, 2010, Friday
Penarafan lima bintang www.sarawak.gov.my memang membanggakan: Dr Chan
KUCHING: Penarafan lima bintang portal rasmi kerajaan negeri (www.sarawak.gov.my) oleh kerajaan per-sekutuan sememangnya menjadi kebanggaan, namun perkhidmatannya perlu terus ditingkatkan lagi kepada orang awam.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata perubahan pemikiran dalam perkhidmatan awam amat perlu bagi memperluaskan dan mempermudahkan rakyat mendapatkan khidmat kerajaan.
“Adalah menjadi tanggungjawab untuk kami (kerajaan) memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan kami akan berbuat demikian tidak lama lagi (penarafan lima bintang).
“Tetapi, kami tidak boleh terlalu bangga sehingga tidak dapat memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat hari ini,” katanya semalam.
Dalam pada itu, Dr Chan yakin dengan perkembangan sektor teknologi maklumat (IT) di negeri ini dan ia perlu dimanfaatkan oleh kerajaan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian IT tercanggih.
“Pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan dapat melakukan banyak perkara kerana ia adalah amat sukar, tetapi dengan adanya portal, kami dapat memperluaskan perkhidmatan dan mudah untuk rakyat mendapatkan khidmat kerajaan,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang media sempena upacara penyerahan plak Anugerah Cemerlang Kerajaan Negeri Sarawak atas Penarafan Lima Bintang dalam Penilaian Laman Web dan Portal Kerajaan Malaysia 2010, di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya dekat sini.
Hadir menyempurnakan penyerahan plak anugerah tersebut kepada Dr Chan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani.
Penarafan lima bintang portal rasmi kerajaan negeri pada tahun ini turut meletakkan ia pada kedudukan pertama di seluruh negara.
Portal tersebut juga pernah dianugerahkan penarafan lima bintang pada 2007, namun pada kedudukan ke-empat di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment