Saturday, December 25, 2010

SIMC dijadikan Pusat Jantung dan Kanser Sarawak

BPO 
Posted on December 24, 2010, Friday
KUCHING: Peralatan perubatan, barangan dan dokumen kelihatan sudah mula dipindahkan ke pusat perubatan awam baru, yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Perubatan Antarabangsa Sarawak (SIMC), di Kota Samarahan sejak Isnin lepas (20 Disember).

Ia merupakan persediaan untuk permulaan operasi-nya yang dijadualkan pada 1 Januari 2011.
Pusat itu dinamakan Pusat Jantung dan Kanser Sarawak.
Ketua Unit Kardiak Hospital Umum Sarawak (HUS) Dr Sim Kui Hian baru-baru ini memberitahu pusat itu akan menempatkan pesakit jantung dan barah.
“Semua peralatan dan kemudahan SIMC telah dise-rahkan kepada HUS.
“Dengan kemudahan-kemudahan yang maju sebegitu, saya yakin kami boleh menawarkan perkhidmatan perubatan lima bintang tetapi dengan kos yang lebih rendah dan berpatutan,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa HUS bercadang untuk memindahkan pesakit jantung dan barah bermula 27 Disember ini.
Pusat perubatan itu mempunyai 168 katil.

No comments:

Post a Comment