Monday, December 13, 2010
Pehin Sri - Bangun cendekiawan belia
KUCHING: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) harus membuktikan ia adalah agen transformasi sosial dan ekonomi belia yang berjaya di negeri ini.
Mantan presiden SABERKAS, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata SABERKAS harus bolehmelahirkan golongan cerdik pandai atau cendekiawan belia dan pada masa sama mempunyai nilai sosial serta akhlak yang tinggi menerusi pendekatan dan cara yang cukup sederhana.
Beliau menambah semuanya harus dimulakan dengan penganjuran lebih kerap aktiviti dan program sosial membabitkan belia berusia 30 tahun dan ke bawah di peringkat paling bawah bermula dengan daerah seterusnya kampung.
“Ini penting kerana penganjuran aktiviti sosial yang baik boleh meningkatkan kemahiran yang halus di kalangan belia, kemahiran ini adalah asas penting kepada penguasaan kemahiran teknikal kerana anda boleh berinteraksi serta berkomunikasi dengan semua peringkat masyarakat,” jelasnya.
Taib berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Khas SABERKAS Negeri Sarawak kepada beliau, selaku mantan presiden pertubuhan itu di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.
Beliau yang juga ketua menteri bagaimanapun menegaskan bahawa SABERKAS harus membantu membangunkan golongan muda berlandaskan kebijaksanaan akal fikiran, nilai kemanusian dan komited kepada tugas diberikan dalam persekitaran yang baru.
“Jika falsafah ini digunakan oleh SABERKAS dalam membangunkan belia kita, saya percaya Sarawak boleh lebih maju dan makmur,” katanya.
Menurutnya SABERKAS telah memainkan peranan dengan baik dalam membangunkan masyarakat sejak penubuhannya bermula dengan menggalakkan anak-anak dari luar bandar memlebih lagi dengan pengenalan dasar ekonomi berpendapatan tinggi iaitu peningkatan produktiviti dalam sektor pengilangan, pengurusan dan sebagainya.
“Kita (rakyat Sarawak) boleh lakukannya belia kita telah dilatih, dan mereka tidak perlu berasa bimbang kerana untuk terlibat aktif dalam ekonomi berpendapatan tinggi anda tidak perlu menjadi seorang yang sangat pintar cukuplah mempunyai ketajaman akal fikiran, nilai kemanusian yang tinggi dan komited kepada tugas,” ujarnya.
Beliau berkata inilah perkara yang harus SABERKAS sebarkan kepada ahli-ahli mudanya di kawasan luar bandar supaya mereka setanding dengan ahli di bandar dalam penguasaan kemahiran teknikal, peniagaan dan pengurusan dengan penekanan harus diberikan kepada golokerajaan negeri menggalakkan orang muda mengikuti pengajian teknikal dan vokasional di institusi-institusi kemahiran tempatan diiktiraf kemampuannya,” katanya.
Menurut Taib ganjaran untuk pekerja teknikal sentiasa bertambah dari semasa ke semasa lebihngan berusia 25 tahun dan ke atas.
Pada masa sama Taib mengingatkan belia agar perlu berani berdikari dan tidak malu memulakan sesuatu dari bawah kerana ia adalah permulaan kepada kejayaan lebih besar di kemudian hari.
“Apa yang penting anda harus komited, menggunakan akal fikiran serta jujur kerana apabila anda jujur melakukan sesuatu pasti ada ganjarannya dan berbaloi… ia adalah langkah awal untuk menjadi usahawan berjaya,” ujarnya.
Sementara itu beliau berkata pemberian anugerah khas daripada SABERKAS itu adalah anugerah kepada semua ahli SABERKAS yang telah bekerja keras menyumbang kepada pembangunan masyarakat di negeri ini.
“Saya tidak tahu sama ada saya layak atau tidak menerima anugerah ini hanya anda (ahli) yang tahu. Kejayaan SABERKAS bukannya atas sumbangan saya sendiri tetapi sumbangan semua pihak yang telah bekerja keras menjadikan SABERKAS pertubuhan yang disegani.
“Kerja keras andalah kini, golongan muda di seluruh pelosok Sarawak sudah boleh berubah dan menyesuaikan diri dengan perubahan serta pembangunan dibawa kerajaan negeri,” katanya.
Taib menarik perhatian apabila memberitahu beliau persaraannya selaku presiden
SABERKAS ibarat seorang ayah yang mengucapkan selamat jalan kepada anak-anaknya yang sudah dewasa dan cukup matang.
“Saya harap SABERKAS akan terus cemerlang dalam peranannya sebagai agen pembangunan dan transformasi rakyat khasnya belia Sarawak,” tambahnya.
Hadir sama pada majlis itu presiden SABERKAS sekarang, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang juga Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Setiausaha Agong SABERKAS, Datuk Aidan Wing dan Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof dan semua exco SABERKAS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment