Friday, December 17, 2010

Persatuan silat perlu dana

BPO


by Jessica Jawing. Posted on December 17, 2010, Friday
KBS diminta luluskan permohonan peruntukan bagi mempergiatkan program seni mempertahankan diri

SENI BELA DIRI: Ahmad (kiri) dan Adiwijaya mempersembahkan aksi seni silat di hadapan anak-anak Gayong PSSGM Sarawak di Tebingan Kuching, semalam. — Gambar Jeffery Mostapa
KUCHING: Timbalan Men-teri Jabatan Perdana Men-teri Datuk Ahmad Maslan berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneliti dan meluluskan permohonan peruntukan bagi persatu-an-persatuan seni silat di negara ini.
Menurut beliau, ia bagi memperkembang dan meng-giatkan lagi aktiviti silat dan seni mempertahankan diri yang disifatkan sebagai wadah cukup baik demi mendisiplinkan generasi muda.
“Saya mencadangkan agar seni silat dan mempertahankan diri dapat diperkembang dan dipergiatkan khasnya di kalangan generasi belia kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Gayong 1Borneo anjuran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Sarawak di Tebingan Kuching di sini, semalam.
“Seperti mana yang dinyatakan Perdana Menteri kita, persilatan dan seni mempertahankan diri merupakan pertahanan ketiga negara selepas polis serta tentera dan askar wataniah serta RELA.”
Ahmad berkata meluluskan permohonan peruntukan bagi persatuan amat penting bagi mengatasi kekangan kewangan yang dihadapi dalam usaha mereka mempergiatkan aktiviti positif itu.
“Saya mencadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan agar meneliti perkara ini dan meluluskan permohonan tertentu kepada persatuan-persatuan silat seumpama ini,” ujarnya.
“Ia kerana kita merasakan usaha yang dilakukan mereka adalah satu usaha yang cukup baik demi masa depan negara, mendisiplinkan anak-anak muda dan menyemai semangat patriotik.”
Justeru, beliau berharap mereka yang terlibat dalam silat atau seni mempertahankan diri lain agar tidak menyalahgunakan kemahiran tersebut kerana ia mempunyai etika disiplin dan ilmu tertentu.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili dalam ucapannya berkata, seni silat dan mempertahankan diri merupakan platform persediaan terbaik kepada generasi muda untuk menghadapi cabaran masa depan.
Katanya, dengan melibat-kan diri dalam seni persilatan yang menekankan disiplin, ia bakal mencapai matlamat yang dikehendaki.
Beliau memberitahu, Pe-muda PBB amat mengalu-alukan penganjuran program sedemikian.
“Malahan, kita di pergerakan Pemuda PBB juga telah melancarkan satu pertubuhan seni silat di Sibu iaitu Pertubuhan Seni Silat Anak Kenyalang yang berkonsepkan 1Malaysia,”jelasnya.
“Ia menggabungkan pelbagai seni mempertahankan diri termasuk silat, kuntau, wushu, wali suci dan sebagainya dan ia merupakan komitmen kami.”
Sehubungan itu, katanya, penglibatan generasi muda dalam seni mempertahankan diri dapat mengelak mereka daripada terjebak dalam gejala negatif yang kian menular kini.
Hadir sama ialah Yang Di-pertua PSSGM Sarawak Uthman Ramli dan Yang Dipertua PSSGM Kebangsaan Datuk Adiwijaya Abdullah.

No comments:

Post a Comment