Dari setahun ke setahun, sikap para penguasa di Malaysia terutama yang beragama Islam terhadap Islam dan umatnya semakin teruk. Sama ada yang menjadi pemerintah mahupun yang menjadi pembangkang, mereka sama sahaja. Semuanya kerana kebimbangan yang keterlaluan sekiranya 'hak' kaum bukan Islam tidak dipenuhi, mereka akan kehilangan undi yang berharga.
Sambutan Tahun Baru Masehi sudah seakan menjadi acara tahunan negara. Tahun baru Masehi disambut secara besar-besaran dan dipenuhi dengan pelbagai pembaziran, kemaksiatan dan pengikisan akidah yang sangat teruk.
"Apa salahnya nak berhibur sedikit? Islam tak larang kita berhibur."
Itu adalah kata-kata yang pernah terzahir dari mulut seorang pembesar utama negara apabila didesak agar sambutan Tahun Baru Masihi tidak perlu dibesar-besarkan, sehingga mengganggu kelanccaran trafik atau menyusutkan perbendaharaan negara untuk membuat pembayaran bagi sesuatu yang sebenarnya tidak mendatangkan sebarang keuntungan, sama ada dari segi sosial, apatah lagi dari segi agama.
Setiap tahun, masalah yang sama akan berlaku pada malam sambutan tahun baru. Mat rempit, bohsia, bayi terbuang di tepi jalan, minuman arak bersepah-sepah, percampuran bebas dan sebagainya sudah sangat sinonim. Dalam usaha untuk menunjukkan yang kita sudah moden dan berteknologi tinggi selain berfikiran terbuka, kita juga sebenarnya sedang mewujudkan sebuah masyarakatn hedonisme, iaitu masyarakat yang mementingkan hiburan dan keseronokan yang keterlaluan.
Jangan hairan apabila suatu masa nanti, pada malam tahun baru, akan ada manusia-manusia telanjang yang sudi disetubuhi oleh sesiapa pun yang berkeinginan untuk berbuat begitu kerana bagi mereka itu adalah kebebasan abadi. Petunjuk ke arah itu sedang jelas kelihatan dan lebih malang lagi, Kerajaan (sama ada pemerintah mahupun pembangkang) sangat menyokong dengan pelbagai bentuk sokongan.
Terbaru apabila Polis Diraja Malaysia akan menutup beberapa batang jalan raya di Kuala Lumpur bagi memudahkan sambutan tahun baru diadakan di Padang Kelab Selangor atau Dataran Merdeka. Pastinya juga yang akan hadir nanti adalah para pembesar negara. Pastinya juga, keseronokan bercampur gaul, ditambah pula dengan nyanyian, muzik, tarian dan hiburan yang melalaikan akan turut disertakan sekali, kononnya untuk menyambut tahun baru.
Sebenarnya tidak ada apa keistimewaannya tahun baru. Sambutan tahun baru hanya disambut pada kurun kebelakangan ini dalam usaha memperkenalkan keterbukaan dan keseronokan yang wujud dalam agama Katholik. Nilai-nilai pagan atau agama tua Eropah telah diserap ke dalam Katholik yang merupakan antara mazhab Kristian paling ramai pengikutnya.
Di Malaysia, yang seronok sangat menyambut tahun baru, bukannya golongan Kristian, sebaliknya golongan muda Melayu-Islam. Keseronokan mereka sangat berlebih-lebihan. Bahkan sampai pada satu peringkat, sehingga sanggup mencemarkan maruah diri semata-mata kerana Tahun Baru Masihi.
Lantas, apa sebenarnya yang difikirkan oleh para pemimpin negara ini untuk generasi akan datang? Tidak cukupkah dengan segala macam hiburan sehinggakan para pemimpin negara pun juga ingin mengambil bahagian dalam Ambang Tahun Baru?
Gejala Tasyabbuh rupa-rupanya bukan berkurangan, sebaliknya sudah dianggap sebagai sebahagian daripada agama Islam Melayu!!!!
Syabass!!!!
No comments:
Post a Comment