Wednesday, December 29, 2010

Semangat “ KEKOMUNISAN” masih ada dalam DAP !!!




DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 28 Disember 2010
Oleh : Hatta_Adnan
Semasa Persekutuan Tanah Melayu dilanda darurat lebih 50 tahun lalu, gerakan pengganas komunis yang diketuai Chin Peng menjadi musuh utama masyarakat. Mereka mengganggu ketenteraman awam. Sesiapa yang tidak menyokong atau menentang perjuangan mereka merampas Tanah Melayu dari tangan penjajah British akan diugut, diseksa, dimusnahkan harta benda, dibunuh malah ada yang seluruh keluarganya dibunuh.

Begitulah kejamnya gerakan komunis ketika itu. Siapa yang halang gerakan mereka akan terima akibat buruk. Ketika itu komunis yang didominasi kaum Cina turut mendapat sokongan segelintir kaum Melayu yang diketuai oleh Abdullah CD. Alhamdulullah, semua itu telah berlalu dan negara pun telah mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957.
Rupa-rupanya bibit-bibit keganasan pengganas komunis masih ada lagi. Kali ini ianya bukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi oleh parti politik pula. Dan sekarang Melayu seperti Abdullah CD pun wujud juga. Walaupun mereka tidak bertindak seperti di zaman dharurat tetapi cara mereka menentang musuh secara ugut dan gertak sama seperti yang dilakukan pengganas komunis dahulu itu. Simbahan cat merah keatas kediaman dan kenderaan masih menjadi amalan.
Tidak mustahil beberapa kes bunuh sejak akhir-akhir ini yang tidak diketahui sebabnya mugkin ada kaitannya dengan gerakan mereka. Itulah yang terjadi kepada sesiapa yang menentang kerajaan DAP Pulau Pinang sekarang ini. Akibat terlalu lantang mengkritik pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga menimbulkan pelbagai isu, beliau diugut oleh dua individu dipercayai samseng yang mahu dirinya menghentikan perbuatan itu.
Ketua Pasukan Tindakan Khas Parti Cinta Malaysia (PCM), Tham Weng Fatt didatangi oleh kedua-dua lelaki tersebut ketika berada di Padang Kota Lama kira-kira pukul 7 pagi semalam.Dua lelaki itu yang berusia lingkungan 40-an memberi amaran kepadanya supaya tidak lagi mencampuri urusan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang atau bakal menerima nasib buruk jika masih berdegil.
Kepada mereka yang masih menganggap bahawa puak DAP itu sebagai kawan, berfikirlah beberapa kali sebelum terperangkap dengan penaklukan mereka. Kalau dulu komunis gagal merampas Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajah British setelah tentera Jepun menyerah kalah, kini komunis menyamar dalam parti politik yang sah di sisi undang-undang negara.
Sebelum mereka dapat kuasa, rakyat negara ini tidak menyedari siapa dan apa perjuangan sebenar mereka. Kini setelah sebuah negeri – Pulau Pinang, berjaya ditawan segalanya menyerlahkan ‘kekomunisan’ mereka dari segi dasar dan corak pemerintahan. Islam dan Melayu adalah musuh utama mereka.
Kalau ini pun masih tidak disedari oleh puak-puak tertentu kaum yang bersekongkol dengan mereka apa lagi yang boleh dikatakan. Tunggu sahajalah saat kebinasaannya sebuah negara, suatu bangsa dan agama suci Islam.

No comments:

Post a Comment