Thursday, December 23, 2010

SCB capai kejayaan bidaan 80 peratus tahun ini

BPO 
Posted on December 22, 2010, Wednesday
KUCHING: Biro Konvensyen Sarawak (SCB) memperoleh sejumlah 42 konvensyen tahun ini yang bakal menyaksikan kira-kira 97,390 delegasi datang ke Sarawak antara 2010 hingga 2016.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan SBC, 42 konvensyen yang dinanti-nantikan itu mampu menjana RM54,293,140 (RM54.2 juta) dalam bentuk perbelanjaan delegasi.
Konvensyen-konvensyen ber-kenaan meliputi topik yang luas termasuk pendidikan, kejurutera-an, kesihatan ortodontik, urologi hingga perubatan dan teknologi maklumat.
Konvensyen-konvensyen ini akan meletakkan Sarawak sebagai destinasi baru berdaya saing dan merancakkan pertumbuhan repu-tasi Malaysia sebagai destinasi  global untuk mengadakan me- syuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE).
Konvensyen-konvensyen yang bakal dikendalikan SCB ialah ‘Konvensyen Lions 308 MD Ke-50’ (26-30 April 2012), ‘10th Congress Asia Pacific Federation of Societies for Surgery of the Hand’ (1 hingga 4 Oktober 2014), ‘Persidangan Kesihatan Antarabangsa Rwo Shr 2012’ (28 Februari hingga 1 Mac 2012), ‘Persidang-an Persatuan Doktor Gigi Malaysia AGM Ke-69 CDA/MDA’ dan ‘Pameran Perdagangan 2012’ (30 Mei hingga 1 Jun 2012), ‘Persidangan Global 2011’ (30 November hingga 3 Disember 2011).
Turut dikendalikan, ‘Minggu Hospitaliti & Kulinari Antarabangsa Borneo 2012’ (1 hingga 3 Mac 2012), ‘Persidangan Pendidikan Sains dan Teknologi Dunia Ke-4 2013’ (10 hingga 14 Jun 2013), ‘Kongres Ortodontik Asia Pasifik Ke-9-APOC’ (5 hingga 8 Julai 2014), ‘Kongres Pediatrik Asia Pasifik Ke-14 2012’ (13-16 September 2012), ‘Persidangan Organisasi Doktor Keluarga Dunia Wilayah Asia Pasifik-WONCA’ (1 hingga 4 Jun 2014).
Sejak SCB ditubuhkan pada 2006, biro itu juga telah menerima sembilan anugerah promosi dan pemasaran antarabangsa dalam pertandingan-pertandingan antarabangsa utama seperti Diamond Award 2008 di ITB Berlin, Jerman; Gold Camera Award 2008 di Los Angeles, AS; PATA Gold Award 2008 di Macau, China; Best Marketing Award 2008 di  Victoria, Kanada; Best Marketing Campaign Award 2009 di Barcelona, Sepanyol; The Phoenix Award (Bronze) 2009 di Singapura; Silver Award Winner 2010, ITB Berlin, Jerman; Silver Camera Award 2010 di Los Angeles, AS dan yang terbaru  Cannes Corporate Media &TV Award untuk Filem Pelancongan Terbaik di Vienna, Austria pada Oktober 2010.
Semasa Majlis Penghargaan Anak Sarawak Ke-4 yang diadakan baru-baru ini hosnya, Pengerusi SCB Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad,  berkata: “Biro mengalu-alukan peruntukan daripada kerajaan persekutuan bermula tahun depan menerusi  Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB).
SCB akan bekerja erat dengan MyCEB dengan itu konvensyen yang dihoskan kita boleh mengakses dana daripada kerajaan negeri dan pusat untuk membolehkan mereka membida untuk konvensyen-konvensyen antarabangsa yang diadakan di sini.
“SCB telah mencapai kejayaan bidaan yang sangat tinggi iaitu 80 peratus dan apabila kita mendapat sokongan daripada kerajaan pusat ia pasti akan meletakkan kita akan lebih berjaya lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif SCB Jill Henry menambah: “Dengan kejayaan cemerlang dalam bidaan ini dan kesedaran meningkat bahawa Sarawak sebagai destinasi mesyuarat antarabangsa dan sokongan baru kerajaan persekutan, kami merancang untuk meningkatkan lagi kejayaan bidaan sebanyak 33 peratus tahun depan.
“Pelanggan-pelanggan kami diberi jaminan bahawa pasukan SCB akan terus memberi sokongan dan nasihat yang sebaik mungkin.”
Sarawak sekarang yang juga mendapat rahmat daripada teknologi moden bersedia membawa jenama barunya di peringkat global iaitu Pusat Konvensyen Canggih dan Berteknologi Tinggi dan disokong oleh hotel-hotel mesyuarat baru yang menawarkan produk-produk ekopelancongan yang hebat.

No comments:

Post a Comment