LUNDU (Sarawak), 13 Dis (Bernama) — Jentera Barisan Nasional (BN) perlu sentiasa bersiap sedia menghadapi kempen parti pembangkang dan berani menangkis dakyah mereka, kata Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Beliau, yang juga ketua penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata jentera BN tidak boleh bersikap sambil lewa sebaliknya bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang.
“Jentera parti harus mendekati masyarakat dengan menyalurkan maklumat yang tepat dan sahih kepada masyarakat tentang isu agar dapat dijawab dan diperjelaskan…Barulah kita dapat memenangi hati rakyat,” katanya pada majlis
perjumpaan dengan jentera PBB kawasan dewan undangan negeri Tanjong Datu di sini hari ini.
Beliau berkata perpaduan PBB perlu ditingkat dan diperkukuh dengan semangat kerjasama dari kalangan angota parti komponen BN yang lain di kawasan masing-masing.
Di Tanjong Datu, misalnya terdapat anggota parti dari komponen BN lain dannkerjasama dan perpaduan BN harus ditingkatkan lagi bagi memastikan kemenangan BN di kawasan tersebut berterusan selain menjadi kubu kuat BN, katanya. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment