Saturday, December 25, 2010

Program 100 hari tidak realistik

BPO 
by Mastura Ismail. Posted on December 24, 2010, Friday
Progam dikemukakan pembangkang itu boleh merosakkan ekonomi, memberi implikasi buruk terhadap kewangan negara: Muhyiddin
LIMBANG: Program 100 hari yang dikemukakan pakatan pembangkang boleh merosakkan ekonomi dan memberi implikasi buruk terhadap kewangan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sambil menyifatkan program tersebut sebagai gimik pembangkang menjelang pilihan raya akan datang, beliau berkata ia juga merupakan pembohongan besar untuk meraih sokongan dan undi ‘terdesak’ daripada rakyat.
Katanya jika dikaji secara mendalam, kesemua janji tersebut hanya retorik dan tidak mampu dilaksanakan sekiranya keadaan ekonomi semasa negara diambil kira.
“Pembangkang menabur janji manis termasuk menaikkan imbuhan guru sebanyak RM500 sebulan dalam tempoh 100 hari jika mereka menjadi kerajaan dalam pilihan raya akan datang.
“Adalah mustahil untuk kita melakukan perubahan terutamanya dalam sistem pendidikan kita dalam tempoh tersebut.
“Ia berbeza dengan pendekatan kerajaan yang lebih realistik dan berpengalaman dalam mentadbir negara,” katanya.
Muhyiddin menambah rakyat tdak harus terpedaya dengan janji manis dan omongan kosong pembangkang.
“Ini semua janji tinggal janji dan gimik murahan untuk meraih sokongan rakyat pada pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Banyak pembohongan dan janji manis telah dilakukan pembangkang dan ia tidak menjadi kenyataan,” katanya.
Dalam pada itu katanya, pembangkang mempu-nyai agenda dan kepentingan tertentu untuk pilihan raya di Sarawak sambil tidak menyatakan bila pilihan raya bagi negeri ini.
“Oleh itu kami minta rakyat termasuk di Limbang tidak membuat pilihan yang salah dan terus memberi sokongan penuh kepada kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

No comments:

Post a Comment