Posted on December 28, 2010, Tuesday
KUCHING: Tabung Baitul-mal Sarawak (TBS) yakin tapak komersial Medan Ha-midah yang dibangunkannya di Jalan Bako akan terus berkembang maju.Ketika ditemui pemberita semalam, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie memberitahu, banyak aktiviti akan diadakan di medan tersebut bagi menarik lebih ramai pengunjung.
“Kami juga ada menjalankan kajian dan medan itu mampu bertahan lama dan sokongan yang diterima adalah konsisten,” kata-nya.
Beliau berkata demikian selepas majlis Penyerahan zakat perniagaan Malaysian Building Society Berhad (MBSB) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di sini, semalam.
“Kami akan cuba me-ningkatkan perniagaan di situ dari semasa ke semasa,” katanya.
Medan Hamidah adalah tapak niaga makan yang dibina oleh pihak Elit, dan sudah tentu mendapat sambutan ramai, bukan mcam Gerai Kubah Ria dan gerai BGS di Gersik yang dibina oleh SEDC, Di Kubah Ria masalah sewanya yang belum selasai datang saorng pegawainya kata semua janji yg dibuat oleh YB Pengurusinya adalah tidak benar dan SEDC tidak mahu bertolak ansor dalam hal ini, dan diBGS Gersik, rata rataa Gerai sik dikunjungi orang sepi aja dari pagi hingga ka malam, macam mana nak bayar sewa dengan berkeadaan bagini, juga perlu mendapat perhatian SEDC. Jika nak tolong tolong lah dengan betul, jangan cakap sahaja.
ReplyDeleteMaaf cakap Tuan Tuan, kami para pegawai SEDC memang kerja kuat dan bantu para peniaga Bumiputra, yang malangnya peniaga Bumi ini kebanyakkannya malas dan tidak mahu kerja kuat, tapi mareka ada semangat untuk berniaga tetapi tidak tahu buat kerja berniaga dengan baik, pihak Kami sedia bantu mareka yang kuat kerja, tetapi kami tidak bolih bantu maereka yang malas. Dalam hal Sewa diKubah Ria, mareka yang terbabit sapatutnya datang terus kpd SEDC dan rondeng dan beri tahu kemampuan masing masing, dan pihak SEDC sedia untuk mendengar dan jika malau, mareka bolih buat rayuan melalui Badan DUBS atau Persatuan Peniaga Kecil dan minta pihak badan berkenaan untuk bawa perkara ini kepada pihak atasan SEDC dan jangan buat komen komen diluar sana sini. Itu sahaja lah nasihat dari saya.
ReplyDelete