Saturday, December 18, 2010

Sarawak Membangun dalam BN


Dua tiga hari lepas destinasi TM ialah Bintangor dan Sarikei. Dari Sibu memandu ke Bintangor terasa amat dekat berbanding dahulu. Dahulu terpaksa berbaris panjang untuk menaiki ferry menyeberangi Sungai Rajang.
Untuk menyeberang Sungai Rejang terdapat dua buah jambatan iaitu jambatan Durin dan satu lagi ialah Jambatan Lanang.
Dari bandar Bintangor ke Sarikei pula terdapat sebuah jalan baru yang jaraknya salam 20 km melalui jambatan Meradong
Bintangor dan Sarikei dahulunya sebuah pekan kecil tetapi kini pesat membangun. Hospital Besar Sarikei cukup besar, cantik dan modern, bagaimanapun ia masih kekurangan doktor pakar.
Hari ini perjalanan diteruskan ke Daerah Mukah. Dari Sibu memandu ke Mukah sejauh 140 km lebih kurang. Perjalanannya terganggu sedikit kerana jalan baru masih dalam pembinaan. Tahun hadapan jalan Selangau Mukah yang mempunyai laluan baru dijangka siap sepenuhnya.
Mukah dahulunya sebuah pekan kecil yang menjadi tempat pendaratan ikan laut kini telah bertukar menjadi sebuah bandar yang cukup terancang.
Mukah terkenal dengan ulat mulung, umai, tebaloi dan permainan tibau sewaktu menyambut perayaan pesta kaul.
Penduduk Mukah majoritynya ialah Melanau yang menganut agama Islam, Kristian dan Pagan atau dikenali sebagai Melanau Liko.
Ahli Parlimen kawasan ini ialah YB Dato Seri Dr Mohamad Leo Toyak yang mewakili penduduk Mukah sejak 1982 lagi.
Esok perjalanan akan di teruskan ke Bintulu dan jika berkesempatan akan lajak ke Miri.
Ternyata sepanjang 30 tahun Sarawak dibawah kepimpinan Taib Mahmud negeri ini semakin membangun dengan cukup pantas,
Oleh itu tiada alasan untuk penduduk Sarawak menolak BN untuk PRU akan datang sebagaimana yang dikehendaki oleh Azmin Ali dan Lim Kit Siang.
Jangan jadikan alasan Taib Mahmud telah menjadi ketua menteri terlalu lama sebagai alasan untuk menukar pemerintahan.
Seorang penduduk Bintangor telah menyatakan bahawa "wakil rakyat DAP hanya pandai minta undi tetapi bila sudah jadi YB langsung muka pun tak nampak, minta apa pun dia tak kasi" so jangan terpedaya dengan janji manis mereka.

http://taipingmali.blogspot.com/

1 comment:

  1. blog anda sudah di pautkan di http://yuseriyusoff.blogspot.com/

    ReplyDelete