Wednesday, December 22, 2010

Bila Pehin Sri beri tanah kepada sekolah2 baru bian tak setuju...tak beri tanah baru bian marah...bian berlidah dua?

Baru Bian Mocked Land Title For Chinese School -  sarawakupdate


Kuching: Newly appointed Parti Keadilan Rakyat (PKR) Vice-President, Baru Bian thanked the Chief Minister for giving land titles to Chinese schools and wondered at the ulterior motive of doing so.



BPO

KM setuju agih 2,000 hektar tanah kepada sekolah Cina

Posted on December 19, 2010, Sunday
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersetuju mengagihkan 2,000 hektar tanah kepada sekolah-sekolah per- sendirian Cina di negeri ini.
Beliau turut memaklumkan sekolah-sekolah berkenaan akan dikecualikan daripada dikenakan premium pembaharuan pajakan tanah.
Perkara itu turut disahkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan semalam apabila ditanya sama ada Taib ada membuat janji seperti itu semasa sesi di-alog bersama komuniti Cina yang majoritinya dihadiri wakil sektor pendidikan yang diada-kan di sini malam Jumaat lepas.
“Ya, ya, itu benar,” jawab Dr Chan ringkas sebagai mengesahkan khabar gembira dibawa Taib untuk sektor pendidikan Cina di negeri ini.
Hadir sama pada dialog itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Difahamkan tanah seluas 2,000 hektar itu akan diberikan kepada sekolah-sekolah per-sendirian Cina, bermakna ia akan mengurangkan bebanan kewangan ditanggung sekolah berkenaan.
Ketika ini terdapat 14 sekolah persendirian Cina di seluruh Sarawak, lima daripadanya terdapat di sini (Kuching) iaitu Chung Hua Middle School (CHMS) No.1, CHMS No.3, CHMS No.4, SM Min Lit Batu Kawa dan Serian Public Secondary School.
Sementara itu ketika ditemui oleh wakil media selepas selesai sesi dialog berkenaan Taib berkata beliau sedia maklum dengan masalah kewangan dihadapi sekolah-sekolah persendirian Cina dan bergantung sepenuh-nya kepada lembaga-lembaga pengurusan  sekolah masing-masing.
Taib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata beliau akan berurusan dengan kerajaan pusat untuk mendapatkan lebih banyak bantuan atau peruntukan lain daripada yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk sekolah-sekolah berkenaan.
Menjawab satu soalan dikemukakan kepadanya, beliau berkata: “Komuniti Cina telah menyuarakan masalah-masalah mereka dan saya sangat simpati dengan masalah-masalah dihadapi.
“Pada masa sama, mereka juga perlu tahu kemampuan kita (kerajaan) untuk menyelesaikan masalah adalah terhad.
“Jadi hasilnya, saya tahu masalah anda, anda tahu kemampuan (kapasiti) saya. Kita perlu mencari bagaimana kapasiti kami (kerajaan) dapat menepati keperluan anda,” katanya.
Taib juga memberitahu bahawa beliau amat memahami isu-isu masyarakat Cina, cuma tidak pernah mendengar sendiri rungutan mahupun aduan mereka.
Ditanya sama ada beliau akan mengadakan dialog sama dengan komuniti Cina di Sibu dan Miri, Taib berkata: “Mungkin lain hari, ok… tetapi masalahnya pilihan raya (negeri) semakin dekat… saya akan lihatnya nanti.”
Pengerusi Majlis Pelancongan Malaysia BIMP-EAGA Datuk Wee Hong Seng selaku pemudah cara dialog.

1 comment:

  1. Inilah buah tangan untuk pilihanraya Sarawak ke 10.Terima kasih diucapkan.SEkarang baru beri sebab Pakatan Rakyat amat kuat pengaruhnaya sekarang.Bagus juga begitu.Kalau dari dulu semua sekolah persendirian samada Melayu Cina .Iban,Bidayuh ,Orang Ulu dan India diberi sudah tentu Pembangkang tak ada modal.Inilah kebaikan balance and check pihak PR bawa.HIdup Rakyat terbela. Semakin kuat Pakatan Rakyat semakin banyak faedah rakyat dapat.Tapi,Taib dapat lebih banyak sampai tak terhitung harta rakyat sudah sudah dirampas dgn cara rasuah.Itu pasti kerana menggunakan kedudukan beliau sebagai ketua kerajaan BN Sarawak yg paling berkuasa dalam abab ini.

    ReplyDelete