Friday, January 21, 2011

Tarikh pilihan raya, Taib akan berunding dengan Najib

BPO 
Posted on January 21, 2011, Friday
KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berunding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung ke-mungkinan mengadakan pilihan raya peringkat Parlimen serentak dengan pilihan negeri Sarawak atau sebaliknya.
Taib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata beliau telah mempunyai ilham untuk mengadakan pilihan raya negeri namun tidak dapat menentukan tarikhnya.
“Pembangkang pun kecewa jugalah,” katanya pada rancangan Dialog “Pembangunan Sosioekonomi dan Politik Sarawak” yang disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV1 malam Rabu.
Pilihan raya negeri untuk kesemua 71 kawasan mesti diadakan sebelum Julai tahun ini apabila tempoh dewan undangan negeri (DUN) Sara-wak berakhir.
Ditanya mengenai cabaran dan tangungjawab yang di-pikul untuk menentukan Sarawak kekal menjadi ‘deposit tetap’ BN, beliau berkata politik di Sarawak masih lagi bersandar kepada keinginan rakyat untuk menikmati pembangunan yang lebih pesat yang menentukan masa depan negeri ini.
“Jadi politik yang sumbang sikit, kurang mendapat sambutan di Sarawak tetapi di dalam bandar penduduk sudah merasa soal pembangunan ini sebagai perkara biasa,” katanya sambil menambah bahawa parti komponen BN negeri, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan bertangungjawab untuk menghadapi isu pembangunan di dalam bandar dengan lebih hebat.
Taib, yang merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata di peringkat PBB, persiapan pilihan raya telah berjalan sejak enam bulan lepas dengan mengadakan banyak seminar, khasnya bagi pemimpin akar umbi dan sayap wanita.
Beliau percaya PBB serta dua komponen BN lain, iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak menghadapi banyak masalah tentang siapa akan menjadi calon pilihan raya nanti berikutan nasihat Najib pada konvenysen SUPP di sini pada Ahad lepas.
Merujuk kepada nasihat Najib agar hanya mereka yang boleh membawa kemenangan dicalonkan, beliau berkata : “Kita sudah tahu siapa yang kita nak gantikan dan kebanyakan mereka (penyandang) ini akan memberi laluan kepada muka baru.”
Bagaimanapun, Taib berharap SUPP dapat menentukan mereka yang patut menjadi calon pilihan raya serta menarik penyokong baru se-telah mempunyai semangat baru bagi menawan semula lapan daripada 19 kerusi yang hilang dalam pilihan raya ne-geri pada 2006. — Bernama

No comments:

Post a Comment