Friday, January 14, 2011

Sarawak wujud Ladang Bumiputera - Pehin Sri

BPO

by Sandy Mark Luna. Posted on January 12, 2011, Wednesday
Konsep baru ini akan pastikan tanah-tanah milik Bumiputera menghasilkan pulangan lumayan: Taib
KUCHING: Sarawak bakal melaksanakan program Ladang Bumiputera bagi meng-urus dan membangunkan  tanah-tanah di negeri ini.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ber-kata, konsep baru itu akan memastikan tanah-tanah di negeri ini membawa pula-ngan tinggi dan menjadi se-bahagian daripada aset eko-nomi bukan sahaja kepada negeri malahan pemilik dan peng-usaha tanah.
“Di bawah konsep ini, mana-mana tanah yang di-persetujui oleh pemiliknya untuk dibangunkan dalam skala yang besar, akan di- masukkan ke program Ladang Bumiputera.
“Kerajaan menyasarkan Ladang Bumiputera disertai oleh sekurang-kurangnya 30 peratus pemilik Bumiputera yang mempunyai tanah sen-diri,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Eko-nomi Bumiputera anjuran Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) di       Pusat Konvensyen Borneo (BCCK), di sini, semalam.
Hadir sama pada majlis itu ialah timbalan beliau, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Yang Dipertua PEKEMA, Dato Wan Zaid Wan Abdullah dan Pengerusi PEKEMA cawangan Sarawak, Dato Abang Khalid Abang Marzuki dan Timbalan Pengerusi PE-KEMA Ismail Abang Saufi      serta Setiausaha Kehormat PEKEMA, Tapah Ata.
Taib berkata, program transformasi itu bukan sahaja menjana pendapatan yang         lebih besar, malah boleh me-nukar corak pemikiran Bumi-putera khasnya di kawasan luar bandar.
Jelasnya, tanah tersebut akan menjadi aset yang boleh dijual dan dibeli di kalangan Bumiputera menerusi sistem perkongsian pelaburan.
“Bumiputera di negeri ini memiliki dua juta hektar ta-nah di negeri dan bayangkan sekiranya kita dapat melabur sekurang-kurangnya 30 pe-ratus daripada dua juta hektar itu kepada aset baru, ramai Bumiputera akan mempunyai aset bernilai sehingga beribu-ribu juta ringgit,” katanya.
Menurutnya, kerajaan akan membangunkan hampir 200,000 hektar tanah di bawah konsep tersebut.
Bagaimanapun, tambahnya proses rundingan bagi perlaksanaan konsep tersebut akan memakan tempoh yang agak lama, mungkin selama dua tahun.
“Apabila anda memba-ngunkan tanah seluas 200,000 hektar, akan terdapat segelintir orang yang tidak berpuas hati. Sekarang kita agak lambat kerana Lembaga Pembangunan Tanah Hak Adat (LCDA) tidak dapat meme-nuhi semua permintaan (pemilik tanah),” katanya.
Mengulas lanjut mengenai program tersebut, Taib berkata semua tanah yang dipersetujui oleh pemiliknya untuk dibangunkan akan di-masukkan ke dalam bank ta-nah dan seterusnya akan disa-lur kepada syarikat-syarikat usaha sama untuk diusahakan.
“Kerajaan akan memastikan urus janji berkenaan adil untuk para pelabur dan pemilik tanah,” katanya.
Beliau turut bercadang untuk mewujudkan sistem bursa tanah supaya pemilik tanah boleh membeli dan menjual balik atau menjual dan membeli balik tanah mereka dan akan diuruskan oleh syarikat swasta.
“Sistem bursa tanah sama seperti bursa saham dan pemilikannya sama seperti syarikat bursa saham.
“Bagaimanapun, saya masih mengusahakannya untuk melihat sama ada ia  boleh (dila-kukan) atau tidak,” katanya.

No comments:

Post a Comment