16/01/2011
http://hhalem.blogspot.com
Lihat contoh Perjanjian yang diperolehi dari National Archive of Malaysia, yang didapati dari Kickdefella.wordpress.comSalah satu contoh ayat penyedap hati, ayat mengabui mata dan ayat memperbodohkan orang-orang Melayu terang terangan berbunyi seperti fasa 5 berikut,
“Nothing in this Agreement is intended to curtail any of the powers or authority now held by any of the above-named Rulers in their respective States nor does it alter the relations now existing between any of the States named and the British Empire”(Rujuk Perjanjian)
Ayat di atas berbunyi seolah-olah kuasa Sultan tidak diganggu gugat samasekali pada tahun 1895; tetapi hakikatnya kita rasai sendiri apa yang sebenarnya berlaku selama 62 tahun dibawah pemerintahan British sehingga merdeka pada 1957.
British waktu itu mengambil kesempatan tentang kebodohan orang Melayu. Secara amat halus British campurtangan urusan pentadbiran Sultan kononya diatas alasan ingin menyatukan orang-orang Melayu akibat perebutan takta dan kuasa antara adik dan abang. Memberi perlindungan ketenteraan dari serangan dari luar adalah helah utama. Contohnya Sultan Abdullah Kedah ditipu dengan janji akan diberi perlindungan oleh Ratu Queen jika Siam atau Burma menyerang. Dek kerana ingin berkuasa, maka langit dan bintang dijanjikan kepada British. Maka British pula menjanjikan matahari kepada orang Melayu jika diberi peluang membantu. Maka hilanglah Bagan dan Tanjung kepada British. Patennya sama sebagaimana si biaDAP menjanjikan kononnya akan mengembalikan kuasa-kuasa Sultan. Begitulah juga Anwar sebagai balasanya menjanjikan langit dan bintang kepada si biaDAP kerana hendak menjadi Perdana Menteri.
Jika Sultan-Sultan mudah diperdaya maka peristiwa 1895 akan berulang didalam bentuk dan format yang berbeza, ala masa kini.
Salah satu hasil pengajaran dan kebaikan utama akibat penjajahan British ialah KESEDARAN bahawa Melayu ditindas, diperkudakan dan dihapuskan kuasa di Tanah Melayu sendiri setelah berabad lamanya. Begitulah juga KESEDARAN hari ini berlaku apabila si biaDAP memerintah Penang dan dibelakang tabir Kerajaan Selangor.
British (seperti DAP sekarang) mengambil peluang hasil dari pergolokan Istana (contoh seperti yang berlaku di istana Kelantan sekarang dimana adik dan abang bergaduh sesama sendiri) dan pergaduhan orang-orang Melayu (seperti PAS, UMNO, PKR bercakaran sekarang) untuk merampas kuasa secara halus.
Paten nya sama dan serupa seperti 116 tahun dahulu, yang mana pihak British telah lakukan, akan diulangi semula oleh si biaDAP Komunis hari ini. Si biaDAP dan Gerakan telah berjaya mencetus huruhara pada 10hb, 11hb, 12hb dan 13hb Mei 1969.
Seperti Lee Kuan Yew yang bersongkok dan orang-orang Melayu Singa Pura waktu itu sudah seronok dan berbangga bahawa Lee Kuan Yew akan masuk Islam atau sudah berjaya dimelayukan.
Kebodohan dan penipuan tahap maksimum (kata setengah bloger ialah bodoh tahap gaban!), ialah apabila Lee Kuan Yew menjanjikan dan melantik Yusof Ishak, iaitu anak kelahiran Padang Gajah Perak, sebagai Presiden Singa Pura yang pertama pada tahun 9hb Ogos 1965. Orang-orang Melayu ketika itu telah naik syok sendiri dan memuji Kuan Yew kerana menunaikan janji kerana disangkanya kuasa Presiden Melayu adalah lebih berkuasa dari Perdana Menteri Kuan Yew. Yusof Ishak diberi tingal di Istana khas untuk Raja. Kuasanya disangkakan sama tahap seperti Presiden Amerika Syarikat. Kuan Yew dikatakan tidak tamak kuasa dan dia disangkakan telah berjaya dimelayukan, akhirnya diberi kepercayaan tanpa mengetahui putarbelik disebaliknya. Selepas meninggalnya Presiden Melayu pertama dan terakhir tersebut maka terlantiklah Presiden ke 2 pada tahun 1971 iaitu Benjamin Henry Sheares. Barulah orang Melayu Singa Pura terlopong dan menepuk dahi tanda kesilapan. Terpaksa berpura-pura dan berbangga menjadi rakyat Singa Pura, tetapi pada hakikatnya menyesal berkekalan tidak berkesudahan.
Orang-orang Melayu Singa Pura mungkin tidak boleh dipersalahkan kerana belum ada lagi sejarah yang berlaku sebelum ini. Pengorbanan orang Melayu Singa Pura patut diberi terima kasih kerana membekalkan bahan sejarah kepada orang Melayu Penang dan Malaysia mengenai tipuhelah People’s Action Party (PAP) iaitu saudara kandung si biaDAP, terhadap orang Melayu.
Melayu di Malaysia yang masih membuta sejarah silalah lihat paten dan persamaannya. Selepas Anwar menjadi Perdana Menteri atau lebih dahsyat lagi menjadi Presiden Republik Rakyat Malaysia, siapakah yang akan menganti beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia, jika tidak Timbalannya yang telah Anwar janjikan.
Sama paten kebodohannya seperti Melayu Singa Pura, apabila Tok Guru Nicky Ajis dengan bangga menyatakan bahawa China si biaDAP sudah sedar dan memahami Islam dengan hanya berjaya memetik beberapa potong ayat Al Quran dan membolos masuk kedalam masjid. Betapa bodohnya orang Melayu seperti Nik Ajis yang butahati mengenai sejarah. Mungkin Tok Guru tidak berlajar sejarah tentang kejatuhan Singa Pura ketangan Kuan Yew. (TS Muhayudin, sila wajibkan matapelajaran sejarah dengan segera!!). Teknik menghasut oleh si biaDAP amat nyata berkesan seperti apa yang berlaku sekarang di Penang, Perak dan Selangor. Sama seperti 13 Mei.
Bilakah orang-orang Melayu akan sedar?
100 tahun atau 200 tahun lagi selepas dijajah oleh si biaDAP?
Who cares and I don’t give a f**k about it. I will be dead by then!!
Itu adalah jalan mudah sebagai penutup bicara bagi orang yang tidak dapat berfikir.
Lain-lain tipu helah Si BiaDAP (DAPig) yang ditulis begitu baik sekali sila baca disini oleh YB Zulkifli> dan disini oleh Big Dog>.
Nota:-
No comments:
Post a Comment