Wednesday, January 19, 2011

Pehin Sri : Estet mini untuk faedah penduduk Sungai Asap

BPO


Posted on January 16, 2011, Sunday
BINTULU: Kerajaan negeri akan membuka estet mini sebagai tambahan terhadap tiga ekar tanah yang diberikan kepada penduduk Skim Penempatan Semula Sungai Asap, Belaga.
Ketua Menteri Pehin Sri  Abdul Taib Mahmud berkata, kerajaan tidak akan memberi lot-lot baru melainkan membangunkan tanah secara berkumpulan.
“Kami akan mengadakan estet kecil untuk dibangunkan dengan kerjasama agensi kerajaan seperti LCDA, Risda dan Felcra. Ini adalah untuk me-mastikan faedah pembangunan tanah dapat dinikmati oleh penduduk,” katanya.
Beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkunjung ke Rumah Belor, Skim Penempatan Semula Sungai Asap, Belaga dekat sini, semalam.
Para penduduk yang dipindahkan berikutan pelaksanaan projek Empangan Hidroelek-trik Bakun kira-kira 10 tahun lepas, meminta agar kerajaan menambah keluasan tanah diberikan kepada mereka untuk pertanian.
Kerajaan memperuntukkan tiga ekar untuk sebuah  keluarga.
Mereka, seperti dinyatakan Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo dalam ucapannya, mahu keluasan ditambah agar pendapatan mereka meningkat.
Billy berkata, tanah yang di-peruntukkan juga terletak jauh dari jalan menyebabkan sukar untuk mengangkut hasil tani.
“Kami berharap kerajaan dapat membina jalan agar hasil pertanian dapat dipasarkan de-ngan lebih mudah,” katanya.

No comments:

Post a Comment