Thursday, January 6, 2011

PKR boleh cakap apa sahaja - Stephen Rundi

BPO

DR STEPHEN RUNDI
by Wan Ali Amit. Posted on January 4, 2011, Tuesday
Peluang menang 40 kerusi memang bukan masalah besar tetapi sememangnya mereka bercakap besar
KUCHING: Peluang Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 40 kerusi pada pilihan raya negeri akan datang memang bukan masalah besar tetapi sememangnya mereka bercakap besar.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Dr Stephen Rundi berkata parti pembangkang itu boleh bercakap apa sahaja yang mereka suka tetapi mereka tetap gagal melakukannya.
“Kami memang mengakui bahawa PKR sering bercakap macam-macam mengenai impian mereka.
“Mereka boleh bercakap apa sahaja, tetapi buktinya amat jelas menunjukkan bahawa mereka tidak mampu melakukannya,” katanya.
Ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam, Rundi berkata parti terbabit sememangnya suka ‘berangan-angan’ tetapi keputusan hanya ditentukan oleh rakyat dalam pilihan raya negeri nanti.
Mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR Kebangsaan Zuraida Kamaruddin dalam akhbar ini semalam, Rundi menjelaskan bahawa rakyat lebih bijak membuat penilaian mereka sendiri.
“Kita tidak mahu menganggap bahawa kita mampu memang atau kalah, kerana semua keputusan itu di tangan rakyat yang menentukannya,” kata Rundi.
Semalam, Zuraida mendakwa bahawa bukan masalah besar bagi PKR berpeluang untuk memenangi 40 kerusi dalam pilihan raya negeri yang bakal diadakan bila-bila masa dari sekarang.
Malah katanya, respons amat baik khasnya di kawasan-kawasan yang berpotensi besar untuk dimenangi mereka seperti Saribas.
PKR berminat terhadap 40 kerusi di bawah pengurusan kerusi dengan rakan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).
Malah, PKR percaya mereka mampu membentuk kerajaan negeri yang seterusnya jika PR berjaya memenangi kerusi dengan majoriti.
Sehubungan itu, Rundi berkata kenyataan-kenyataan pihak pembangkang itu adalah semata-mata mahu mengelirukan rakyat menjelang pilihan raya negeri.
Justeru, beliau berharap rakyat negeri ini tidak mudah terpedaya atau percaya dengan taktik dan startegi pihak parti terbabit yang sengaja mahu memancing undi terlebih awal sebelum pilihan raya negeri diadakan.
“Kita tahu rakyat lebih memahami khidmat terbaik yang telah diberikan oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kawasan masing-masing.
“Malah, saya percaya rakyat negeri ini akan terus memberi keyakinan tinggi kepada BN untuk terus menerajui kepimpinan negeri,” katanya.

No comments:

Post a Comment