LANCAR: Taib memukul gendang sebagai simbolik pelancaran Program Belia Sarawak untuk perpaduan 2011 di Miri semalam sambil disaksikan Lee dan tetamu kehormat lain.
Posted on January 19, 2011, Wednesday
MIRI: Generasi muda yang merupakan tonggak kepimpinan negeri pada masa hadapan perlu bijak mengadaptasi pembaharuan, bukannya menerima bulat-bulat perubahan itu tanpa memikirkan kesan terhadap kestabilan dan keharmonian.Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ber-kata, kejayaan dan pembangunan ekonomi yang dikecapi oleh Sarawak pada hari ini bukan datang bergolek, namun atas usaha rakyat yang sentiasa mahu bekerjasama dan bersatu-padu.
“Justeru kita mahu generasi muda jangan leka dengan kestabilan yang dinikmati hari ini. Perpaduan masyarakat berbilang kaum yang sudah lama terjalin ini harus dipelihara dan dikekalkan.
“Hanya melalui perpaduan kita dapat terus merancang pembangunan khususnya dalam menjayakan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE),” katanya berucap merasmikan Program Belia Sarawak untuk Per- paduan 2011 di sebuah hotel di sini, semalam.
Jelas Taib, kestabilan politik dan perpaduan masya-rakat berbilang kaum telah banyak membawa kemajuan kepada Sarawak.
“Kita harus bersyukur ke-rana dapat menikmati ke-amanan dan tidak mengalami kucar-kacir seperti negara-negara luar. Justeru soko-ngan daripada rakyat semua tetap diperlukan bagi memudahkan setiap perancangan berjalan lancar,” katanya.
Menurut Taib, dengan adanya sokongan yang baik dari rakyat, kerajaan negeri akan memastikan pembangunan yang sudah dirancang akan dilaksanakan demi kebaikan rakyat khususnya dalam memastikan rakyat di pedalaman tidak terpinggir daripada arus pembangunan.
Mengulas program Belia Sarawak untuk Perpaduan, Taib berharap ia dapat memperkasa golongan belia di ne-geri ini untuk menjadi pemimpin pelapis yang berdedikasi.
“Saya berharap belia hari ini bukan sahaja mampu mengekalkan perpaduan namun dapat bekerjasama de-ngan pemimpin yang lebih senior demi kebaikan Sara-wak,” katanya.
Sementara itu lebih 100 belia menghadiri rpogram yang dianjurkan oleh Institut Pembangunan Sarawak (SDI), Yayasan Perpaduan Sarawak dan Faradale Media.
Hadir sama Menteri Muda Komunikasi, Datuk Lee Kim Shin, Menteri di Pejabat Ke-tua Menteri Larry Sng dan Ketua Pegawai Eksekutif SDI, Datu Aloysius Dris.
No comments:
Post a Comment