Sunday, January 2, 2011

SUPP tubuh unit bantu kaum tionghua sertai sektor awam

 
Oleh : Amy Jauhari
KUCHING – Memandangkan jumlah kaum Cina dalam perkhidmatan awam negeri adalah terlalu rendah, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah mengorak langkah dengan menubuhkan Unit Perkhidmatan Awam untuk menggalakkan penyertaan kaum Cina dalam sector itu.
Unit tersebut akan ditempatkan di ibupejabat SUPP di Kuching dan akan mula beroperasi Ahad ini.
Presidennya, Tan Sri Datuk Amar Dr George Chan berkata unit ini akan beroperasi mengikut waktu pejabat iaitu dari 8.00 pagi hingga 5 petang.
“Kita juga bercadang menubuhkan unit sama di bandar-bandar utama yang lain”, katanya.
Beliau menjelaskan unit itu akan membantu belia Cina untuk mendapatkan tempat dalam perkhidmatan awam negeri dan persekutuan termasuk golongan professional untuk jawatan di peringkat pengurusan dan professional.
Ahad ini beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Buruh akan membantu mereka yang berminat untuk mendaftar.

No comments:

Post a Comment