Monday, January 24, 2011

Jangan politik sektor awam - Pehin Sri

BPO

SEJIWA SENADA: Taib memotong reben sebagai tanda perasmian Program Sejiwa Senada di Miri semalam sambil diperhatikan oleh isteri beliau (dua kanan), Dr Chan (kiri), Morshidi (kanan) dan yang lain.
by Connie Sylvia Mesa. Posted on January 23, 2011, Sunday Tanggapan negatif akan jejas kakitangan bentuk sektor awam cemerlang: KM

SEJIWA SENADA: Taib memotong reben sebagai tanda perasmian Program Sejiwa Senada di Miri semalam sambil diperhatikan oleh isteri beliau (dua kanan), Dr Chan (kiri), Morshidi (kanan) dan yang lain.
MIRI: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meminta rakyat agar tidak mempolitik-kan sistem pentadbiran sektor awam kerana dikhuatiri akan menjejaskan kualiti perkhidmatan kakitangan awam ke-pada rakyat.
Taib berkata, kurangnya soko-ngan ditambah tanggapan negatif rakyat akan hanya melemahkan semangat kakitangan membentuk sektor awam yang cemerlang, berdaya saing dan efisien.
“Jangan mempolitikkan sa-ngat soal pentadbiran kerajaan kerana kakitangan awam tidak buat politik.
“Kalau kita main politik ia akan membuat kakitangan awam kita terasa bimbang, terasa kecil hati, terasa tersinggung dan terasa bahawa mereka tidak diberi peng-iktirafan atas usaha mereka.
“Ini membunuh semangat pegawai-pegawai kita. Ini kerana mereka adalah komponen penting ke atas suksesnya pelan pembangunan untuk memasti-kan Sarawak mencapai Wawasan 2020,” tegasnya.
Beliau menjelaskan perkara itu ketika merasmikan Program Sejiwa Senada di Padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) semalam yang turut dihadiri lebih 2,000 kakitangan awam di sini.
Menurutnya, usaha untuk membangunkan negeri dan negara, kakitangan awam yang menentukan sejauh mana kejayaan yang dapat dicapai kerana komitmen mereka yang tinggi.
Taib menambah, transformasi Jabatan Kerja Raya (JKR) juga antara langkah kerajaan untuk memantapkan perkhidmatannya kepada rakyat khasnya dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam.
Antara cara lain ialah menggunakan khidmat pekerja berpengalaman dan berkelayakan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kepada rakyat.
“Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan pemahaman rakyat tentang kerajaan dan apa yang kerajaan buat untuk rakyat.
“Rakyat boleh memberi respons baik yang dapat membantu kita melakukan lebih banyak lagi untuk rakyat.
“Kita dapat lakukan dengan jumlah kakitangan yang ada dan jumlah duit yang kerajaan ada,” jelasnya.
Tambahnya, kakitangan awam diseru untuk menyumbang sebahagian daripada program transformasi kerajaan melalui perkhidmatan yang tepat dan efektif.
Selain itu, Taib juga mahu mempertingkatkan pemahaman rak-yat khususnya generasi muda untuk mengetahui niat, dasar dan program kerajaan agar negeri semakin maju.
“Kalau mereka semakin hari semakin faham, mereka akan pandai menggunakan segala peluang yang kerajaan dapat buat untuk rakyat.
“Kerajaan hanya dapat memberi peluang, tetapi tidak dapat memberikan seseorang itu apa yang dia mahu satu per satu ke-rana terlalu banyak rakyat tetapi sedikit pemimpin.
“Oleh sebab itu, lebih banyak untung yang rakyat dapat daripada peluang-peluang yang di-buka oleh kerajaan itu bergantung kepada keupayaan rakyat memahami dasar dan program kerajaan,” katanya.
Turut hadir dalam majlis pe-rasmian berkenaan ialah isteri Ketua Menteri Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan dif-dif kenama-an lain.
Program Sejiwa Senada me-rupakan aktiviti anjuran Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang diadakan di Padang MBM bermula jam 8 pagi hingga 10.30 malam sejak Jumaat lalu.
Selain daripada 181 informasi yang akan dipamerkan kepada orang awam daripada jabatan dan agensi kerajaan, sebanyak 41 gerai komersil turut dibuka kepada organisasi atau syarikat swasta bagi menyertai program tersebut.
Pelbagai acara turut diadakan untuk para pengunjung seperti aktiviti sukan dan rekreasi, persembahan pentas rakyat, jualan kraf tangan, gerai makanan, persembahan daripada artis-artis jemputan seperti Bob AF2, Saiful Malaysian Idol dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment