Thursday, August 26, 2010

Pemuda PBB mahu Taib kekal memimpin


















KEKAL: Abdul Aziz menunjukkan akhbar Utusan Borneo berhubung hasrat Taib dan mahu beliau kekal memimpin.
KUCHING: Sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semalam menyatakan pendirian mahu Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kekal memimpin negeri ini.
Ketua Penerangan Sayap Pemuda PBB Abdul Aziz Adenan berkata sayap pemuda mahu Taib yang presiden parti itu turut bertanding mempertahankan kerusi Balingian dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Setelah bermesyuarat tadi, yang dihadiri sepuluh orang Exco Pemuda PBB dari seluruh cawangan, kami sebulat suara mahu Pehin Sri kekal memimpin kami (parti) juga negeri ini,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Katanya, mereka mahu Pehin Sri Taib kekal memandangkan beliau seorang pemimpin yang berpengalaman serta terbukti mampu menyatupadukan semua parti komponen Barisan Nasional (BN).

Selasa lepas Taib yang ditemui memberitahu media beliau sedia berudur jika itu yang dimahukan rakyat.

Taib yang yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata pada 2006 beliau pernah menyatakan hasrat yang sama tetapi tidak hasratnya itu dilupakan kerana rakyat masih mahu beliau memimpin negeri ini.

Utusan Borneo August 26, 2010, Thursday

1 comment:

  1. Semoga Allah pelihara kita semua khususnya pimpinan negeri Sarawak dalam keimanan dan ketakwaan

    ReplyDelete