Tuesday, August 17, 2010
KHALID IBRAHIM DAN KERAJAAN PAKATAN SELANGOR BOHONG LAGI
Mungkin taktik pembohongan merupakan salah satu manifesto dan agenda tersembunyi Pakatan Rakyat pada PRU 12 yang lalu. Asal boleh bohong, menjatuhkan Kerajaan pimpinan BN, itu sudah mencukupi.
GWM sempat membelek akhbar STAR keluaran bulan Ogos 2008. Menteri Besar Selangor dengan penuh yakin (confident) menyatakan Kerajaan Negeri Selangor yang baru akan terus menghentikan pemberian Projek Secara Lantikan (Direct Nego) seperti yang didakwa bahawa Kerajaan BN pimpinan lalu melakukannya penuh dengan amalan rasuah dan nepotisme.
Satu penghormatan perlu diberikan kepada Khalid Ibrahim seandainya beliau jujur dan bersungguh sungguh untuk menyelamatkan Kerajaan Negeri dari amalan rasuah, kronisme dan nepotisme. Bukan calang calang pemimpin yang sanggup berpegang teguh kepada prinsip telus.
Nanti dulu … nanti dulu!
GWM kini cuba membongkar kembali statement yang dibuat oleh Khalid Ibrahim sama ada benar seperti apa yang beliau ucapkan atau ianya mainan wayang kulit semata mata.
Maklumat yang didapati hasil risikan dan adalah berdasarkan Laporan Indeks Akakuntabiliti yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara berkenaan pengurusan Kewangan Negeri Selangor bermula April 2008.
Carta menunjukkan jumlah projek yang dilaksanakan secara Direct Nego semasa pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat sehingga 30 Jun 2010.
Bohong ! Bohong! dan Bohong! ...
Itu yang dapat disimpulkan dari maklumat risikan GWM sehingga 30 Jun 2010. Pemberian Projek Secara Lantikan (Direct Nego) masih lagi wujud dan berleluasa di bawah pemerintahan Kerajan Negeri Selangor yang baru (dengan kata lain Kerajaan Pakatan Rakyat!)
Jika dahulu, Kerajaan BN pimpinan Dato Seri Khir Toyo dicemuh dan dicaci kononnya pemberian projek adalah berdasarkan kronisme dan nepotisme, apa bezanya dengan pimpinan Khalid Ibrahimdan dibawah Penasihat Anwar Ibrahim!
Paku Dulang Paku Serpih ... Mengata Orang Awak yang Terlebih Lebih dan Terhegeh Hegeh!
No comments:
Post a Comment