Friday, August 6, 2010

PAS dan Khawarij: Satu Kajian Bhg 1









Pas dan Khawarij


Antara ciri-ciri besar dalam Pas yang diwarisi daripada Khawarij ialah suka membantah, menyalahkan dan menuduh pemimpin serta orang-orang di luar kelompok mereka yang tidak disenangi oleh mereka sebagai tidak baik, tidak adil, malah dihukum kafir kerana mereka mendakwa pemimpin dan orang-orang di bawahnya sahaja yang mahu kepada hukum Islam.

Orang-orang Khawarij, pengikut serta pentaklid fahaman ini kuat ibadahnya, kelihatan zuhud, banyak membaca al-Quran dan melakukan solat tetapi mereka masih dimurkai Allah ‘Azza wa-Jalla.

Perihal dan sifat mereka telah digambarkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: yang bermaksud:
“Akan keluar satu kaum (Khawarij) daripada umatku yang membaca al-Quran, mereka menyangka bahawasanya diberi pahala untuk mereka padahal (kemurkaan Allah) atas mereka. Solat mereka pula tidak melepasi tenggorokan mereka”. (H/R Muslim (1066))
Rasulullah s.a.w. juga menggambarkan sikap serta sifat buruk Khawarij yang petah bercakap, berkarisma dalam berpidato, pandai bertikam lidah dan bermain hujah tetapi hati mereka kosong daripada keimanan, lantaran mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka serta membelakangkan al-Quran sunnah RasulNya apabila bertentangan dengan kepentingan, akal dan hawa nafsu mereka.

Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda yang bermaksud:
“Membaguskan perkataan tetapi buruk tingkahnya, mengajak kepada kitab Allah tetapi tidaklah mereka termasuk di dalamnya sedikitpun”. (H/R Ahmad (224)
Khawarij adalah nama yang diberikan kepada golongan berparti (atau perkumpulan) yang keluar daripada penguasaan Islam sesebuah negara. Mereka mengwujudkan parti (perkumpulan) untuk menjatuhkan pemerintah atau memecah-belah sebagaimana yang dilakukan oleh Khawarij terhadap Khalifah Uthman dan Ali bin Abi Talib.

Akibat daripada pemberontakan tersebut berlaku pembunuhan Khalifah Uthman, kekecohan yang berpanjangan serta pemberontakan yang berlarutan sehingga ke pemerintahan Ali.

Pada masa kekhalifahan Ali, semakin bertambah kekejian Khawarij, mereka memisahkan diri daripada jamaah Ali. Mereka merupakan kelompok pertama yang keluar daripada Ahli as-Sunnah wal-Jamaah, mengkafirkan Ali serta para sahabat yang menyebelahi Ali kerana tidak secucuk dengan pemikiran dan manhaj mereka.

Bahkan sikap keras dan pengkafiran mereka terhadap orang yang di luar kelompoknya terbukti dengan membunuh sahabat yang bernama Abdullah bin Khabab dan isterinya.

Jika difahami dari kandungan sabda Rasulullah s.a.w. tentang Khawarij, akan terbukti bahawa Khawarij akan terus muncul sehingga ke akhir zaman. Dan mereka akan sentiasa bertolong-tolongan dengan orang-orang kafir sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh baginda yang bermaksud:
“Akan keluar pada akhir zaman satu kaum, umurnya masih muda, rosak pemikirannya, mereka berkata dari sebaik-baik perkataan makhluk. Membaca al-Quran tidak melebihi kerongkong mereka. Mereka terkeluar daripada agama seperti terkeluarnya anak panah dari busurnya”.
Bersambung

No comments:

Post a Comment