Sunday, August 1, 2010

Adakah pegawai KDN takut panggil M'siakini dan Star?






the unspinners

Saturday, July 3, 2010

Bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor menggesa Malaysiakini dan The Star disiasat oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung laporan nasib yang menimpa buruh pembinaan istana baru di Kuala Lumpur.

Malaysiakini dan The Star patut disiasat kerana laporan itu disulam motif untuk merosakkan institusi diraja," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Saya telah ke tapak itu hari ini dan mengadakan sidang akhbar. Maklumat dalam laporan itu salah. Hanya empat atau lima buruh pembinaan yang lambat menerima gaji mereka.

"Laporan itu anti-Melayu dan anti-Istana. Laporan itu menggambarkan istana seolah-olah dibina daripada air mata rakyat jelata," katanya.

Dalam laporan ekslusif pada 27 Jun, The Star menyiarkan di muka depannya sekumpulan pekerja asing yang membina Istana Negara bernilai RM800 juta didakwa tidak menerima gaji bagi tempoh tiga bulan.

Sementara itu, Malaysiakini semalam melaporkan, kumpulan 10 orang diketuai ahli parlimen Batu daripada PKR Tian Chua dilarang memasuki kawasan pembinaan itu, mencetuskan 'ketegangan' dengan penguatkuasa.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ezam menyatakan kekesalannya terhadap Malaysiakini yang didakwanya selalu "mengutarakan isu yang anti-istana".

"Ini melampau. Malaysiakini telah cukup menyerang institusi (Melayu). Saya akan lawan (ketua pengarang) Steven Gan habis habisan-habisan," katanya.

Katanya, laporan berhubung isu peralihan kuasa di Perak, termasuk melibatkan bekas menteri besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan kes murtad adalah contoh serangan terhadap instsitusi Melayu.

Petikan: GAP



Wah!

Ezam patut kena panggil siasat ini. Mana boleh suruh KDN jalankan undang2 terhadap suratkhabar kepunyaan Cina dan membawa agenda Cina? Nanti bawa huru hara.

Kalau mereka tak apa:

Malaysiakini tulis pada Oktober 17 2008. Wanita Gerakan tuntut Datuk Ahmad Ismail diletak bawah ISa pada Sept 9hb 2008.

Harakahdaily ada buat laporan akan laporan polis di Bagan Serai meminta Datuk Nasir Safar ditahan bawah ISA.

Tak mengapa Wee Ka Siol hina Kongres Ekonomi Bumiputra oleh Majlis Perundingan Melayu.

Dato Noh Omar dihentam kerana memetik sejarah kata-kata pemimpin MCA dan MIC dahulu. Dato Hisham dikecam cabut keris cium dan tidak tikam siapa pun.

Semua macam Tarian Naga, mercun Chinese New Year dan perarakan Hindu ke Batu Caves yang bising bukan main.

Berapa banyak kenyataan, tulisan dan ucapan kaum bukan bumiputera (ada juga rakyat cina dan india malaysia yang bertanggungjawab dan, pembangkang, blogger kiri dan lain-lain terlepas begitu saja.

No comments:

Post a Comment