Monday, August 23, 2010

Kebing Wan intai kerusi Telang Usan


Kebing Wan

oleh Hazel Lee

BARAM – Pilihan Raya Negeri bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N67 Telang Usan akan datang diramal panas berikutan Pemangku Timbalan Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Kebing Wan menyatakan hasrat untuk merampas semula kerusi itu daripada penyandangnya, Lihan Jok.

Sebelum ini, Kebing pernah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan pada pilihan raya negeri 1996 tetapi gagal mempertahan kerusi berkenaan pada pilihan raya DUN Sarawak, 2001.

Kebing juga pernah tewas kepada Ahli Parlimen Baram, Dato Jacob Dungau Sagan pada pilihan raya Parlimen 2004 dengan majoriti undi lebih 3,000.

Selain itu, Kebing turut tewas kepada Lihan semasa pilihan raya negeri pada 2006 dengan mendapat 1,822 undi berbanding Lihan 4,593.

“Kekalahan ini tidak pernah mematahkan semangat saya untuk bertanding semula bagi kerusi SNAP.”

“Hasil kunjungan ke berapa rumah panjang di sekitar Tutoh Apoh, Marudi dan Hulu Baram beberapa hari lalu kami diterima dengan begitu baik oleh penduduk tempatan. Sambutan yang memberangsangkan ini membuktikan SNAP masih popular di sini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kunjungan tersebut turut disertai Presiden SNAP Edwin Dundang Bugak.

Sementara itu, Kebing pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri selama 16 tahun sebelum mengikuti pembangkang. Beliau juga merupakan orang kuat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi PBB Telang Usang.

2 comments:

  1. Bertanding lah cara sihat ...apa-apa pun semoga kerajaan sediaada menang dlm pru13 ini demi perpaduaan negeri Sarawak tercinta ini.

    ReplyDelete
  2. harap2 dia bertanding sebab nak bantu rakyat dan bukan sebab nak bantu anwar ibrahim jadi PM.

    ReplyDelete