Kesahnya satu alat perakam dijumpai dalam bilik pejabat MB Selangor ... tak taulah untuk guna apa. Kalau orang nak buat speech therapy pun guna perakam. Laporan Bernama di Selangorkini berikut:
SHAH ALAM, 11 Ogos – Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menemui sebuah alat rakaman video yang disembunyikan dalam bilik pejabatnya dipercayai untuk mengintip aktiviti harian beliau.
Beliau berkata perkara itu hanya disedari kira-kira jam 6 petang semalam apabila alat berkenaan berbunyi sebagai isyarat bateri berkeadaan lemah.
“Saya sedang melakukan tugasan apabila terdengar bunyi dan sebaik mencari di seluruh bilik saya menemui alat perakam video itu yang disorok di belakang langsir bilik saya,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Negeri di sini hari ini.
Bacalah seterusnya di sini.
Padan tak tentu pasal dua pembohong tegar dari Pulau Pinang - Guan Eng dan Anwar Ibrahim - menimbulkan isu cawangan khas polis. Rupanya depa jumpa recorder lalu dituduh tanpa bukti pada polis.
Kalau polis cawangan khas nak rakam, tak akan letak belakang langsir untuk record. Mesti kena jumpa. Hanya amatur saja buat kerja macam gini. Siapa ye?
Tapi apa hal pun ada benda tak lojik lagi. Khalid kata benda tu kedengaran pasal bateri lemah. Macam mana tu? Bateri lemah boleh lagi kuat bunyi? he he he ...
Apa hal pun, semua orang nak tahu apa berlaku dalam bilik MB. Baik SB, baik staf gomen, baik ahli perniagaan berkepentingan, baik ahli exco lain ... oppps exco lain?
Ini hanya andaian kami. Ada satu exco tu, dulu semua orang suruh dia berhenti kerana ditangkap posingkan gua musang dia masa tidor. Ronnie Liu dan Theresa mintak jangan biar dia berenti.
ELi terus kekal dan rapat dengan Khalid sampai dikatakan macam ada affair pasal keliatan di public bersama selalu. Puan Sri tak ikut dalam Majlis rasmi, Rahimah pun tak ikut ... Eli saja.
Mungkinkah Eli yang sentiasa spy ke atas Khalid?
Satu lagi. Kenapa Theresa Kok sibuk nak posing dan tweet gambar recording, mesti orang tak suspect dia kan?
Dia juga salah seorang yang vokal dan sentiasa menekan Khalid. Tidakkah dia dan DAP juga mahu Khalid kekal sebagai MB boneka mereka?
Memantau Khalid bukan saja penting kepada pihak lawan Khalid, tapi juga dalam pasukan Pakatan mereka.
Perkara ini turut panas dibincang. Shamsul Yunos bertanya motif untuk rakam Khalid.
Siapa paling perlu rakam Khalid? Khalid ada buat salah? Ambil rasuah? Makan komisyen? Urusan dengan gangster?
Pisau kata mungkinkah Azmin seteru politiknya dalam Selangor dan PKR? Oh Pilitik pun rasa begitu.
Keris Putra rasa macam kita juga. Eli Wong .
Bila dah kena kantol, biasalah PKR yang cepat tuduh orang tapi tak sedar mungkin orang sendiri. Nampak sangat ada benda tak kena. Flying Kick tanya kenapa Khalid tak buat laporan polis?
the unspinners 12/8/2010
No comments:
Post a Comment