Saturday, August 7, 2010

Khalid Samad lawat kilang Carlsberg






Friday, 06 August 2010 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM, 6 Ogos: Anggota Parlimen Shah Alam dari parti PAS, Khalid Samad bersama beberapa ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengunjungi kilang arak, Carlsberg petang, semalam.
Khalid sendiri menyifatkan ianya satu kunjungan yang luar biasa begitu juga pihak pengurusan kilang arak itu.

Selepas pilihan raya umum lalu, Khalid juga mengejutkan pelbagai pihak apabila mengunjungi sebuah gereja di Shah Alah dan berucap kepada penganut Kristian di gereja itu.
Berikut adalah tulisan Khalid dalam blognya.
Lawatan Kerja ke Kilang Carlsberg
Tajuk posting saya kali ini barangkali akan memeranjatkan sesetengah pihak. Lanjutan daripada perbincangan berhubung Terminal Bas Shah Alam, saya bersama beberapa Ahli Majlis MBSA telah melawat kilang Carlsberg pada hari Khamis 5 Ogos, jam 3 petang. Kami disambut oleh Dato’ Chin Voon Loong, Timbalan Pengarah Urusan Syarikat berkenaan. Beliau memberikan penjelasan dan latar belakang syarikat serta prestasi perniagaannya semenjak ianya mula beroperasi. Untuk makluman semua, kilang Carlsberg Shah Alam telah mula beroperasi pada tahun 1972, iaitu 38 tahun dahulu. Ia merupakan di antara kilang yang terawal di kawasan tersebut dan semasa ianya dibina, hanya hutan dan belukar di kelilingnya.
Dari segi operasinya, kilang tersebut mempunyai 300 orang pekerja, sebahagian darinya orang Melayu beragama Islam. Sambil itu, 100% dari bahan keperluan utama ia itu ‘Malt’ diimpot dan 50% dari produk keluarannya diekspot. Dewasa ini, pasaran sasaran adalah di luar Negara kerana pasaran Malaysia dianggap tepu.

Dato’ menyatakan bahawa beliau faham sensitiviti masyarakat Shah Alam berhubung kilang beliau dan itulah di antara sebab pihak Carlsberg juga mengambil satu pendekatan ‘low profile’. Mereka tidak menonjolkan kehadiran mereka dengan secara keterlaluan.
Oleh yang demikian, saya beralih pula kepada persoalan kakitangan Melayu Islam yang berkerja di kilangnya. Keadaan mereka, lebih-lebih lagi memandangkan bulan Ramadhan sudah menjelang, perlu diambil tahu. Walaupun mereka berkerja di kilang arak, sebagai pendakwah, maka tidak seharusnya terlalu cepat menghukum dan memutuskan hubungan dengan mereka. Mereka orang Islam dan usaha untuk meningkatkan kefahaman dan seterusnya penghayatan mereka terhadap Islam perlu dilakukan sepertimana ianya dilakukan terhadap seluruh anggota masyarakat, tanpa mengira latar belakang pekerjaan mereka.

Sejurus dengan itu pertemuan berakhir dan Dato’ meminta agar kami semua bergambar sebagai kenang-kenangan. Maklumlah kata Dato’, selama hampir 30 tahun dia bekerja di situ, tidak pernah kilangnya dilawati “rombongan yang seperti kami”!

3 comments:

  1. Carlsberg going for Halal certification soon?

    ReplyDelete
  2. agak-agak camna nak apply hallal cert untk carlsberg?pas ada keluar ka???

    ReplyDelete
  3. Khalid Samad + Carlsberg = PARTI ISLAM SEMALAYSIA

    ReplyDelete