“Jika mereka melakukan perkara yang melanggar undang- undang, pasti kita akan mengambil tindakan.
“Tetapi kita belum lagi mengambil sebarang tindakan sehingga kita mempunyai bukti kukuh,” katanya kepada pemberita dalam sidang media semalam.
Terdahulu, beliau mengadakan sesi lawatan kerja ke Bilik Gerakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN), di sini.
Selain itu, katanya siasatan turut dijalankan terhadap penyiaran radio berkenaan bagi memastikan kesahihan pengoperasiannya, sama ada ia sah atau sebaliknya.
Katanya, sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan dalam negara akan disiasat secara terperinci.
“Ini bukan mengenai politik tetapi menyentuh kehidupan rakyat Malaysia, isu perpaduan dan keharmonian kaum…kita mahu Malaysia selamat,” katanya.
No comments:
Post a Comment