KUCHING: Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem menegur Baru Bian yang menolak untuk berdebat dengannya dan tetap mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Adenan berkata: “Bagi seseorang yang tidak pernah di-pilih sebagai wakil rakyat dan sudah tiga kali kalah dalam pilihan raya (Baru tewas di Ba’Kelalan dan sekali di Lawas) dia kelihatan terlalu berbangga dengan dirinya.”
Katanya beliau bersedia untuk berdebat dengan Baru dan ia bukan sesuatu yang baru bagi dirinya.
“Saya telah berhujah dengan ahli (ADUN) Bukit Assek, Kota Sentosa dan ahli-ahli pembangkang yang lain dalam Dewan sejak lebih 30 tahun lalu.
“Mesti ada venue, forum yang teratur serta tarikh yang dipersetujui dan fokus terhadap isu dan dikendalikan secara rasional tanpa terlalu banyak retorik dan publisiti murahan,” katanya sambil menambah publisiti murahan dan stunt politik memang dicari dan dilakukan oleh Baru sekarang.
Berikutan penolakan Baru untuk berdebat dengannya, Adenan berkata: “Baru tidak perlu takut kepada saya. Saya adalah orang tua yang tidak berbahaya, sedia untuk bersara.”
No comments:
Post a Comment