Sunday, March 27, 2011

Fleksibel bangunkan negeri - Pehin Sri

SEJIWA SENADA: Taib bersama (dari kiri) Morshidi, Jabu, Abang Johari dan James Chan serta para pengunjung menyanyikan lagu Jalur Gemilang pada Program Sejiwa Senada Bahagian Kuching Selatan, semalam.
by Agnes Tugong. Posted on March 27, 2011, Sunday
KUCHING: Pemberian kuasa kepada kerajaan tempatan adalah cara terbaik dalam usaha mempertingkatkan lagi pembangunan negeri ini tanpa menjejaskan amalan sistem demokrasi.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata sistem di negeri ini berbeza da-ripada sistem yang diguna pakai di peringkat persekutuan.
Justeru katanya, kita di negeri ini perlu bersifat lebih fleksibel bagi membolehkan projek pembangunan direncanakan secara seimbang serta bertepatan.
“Kebanyakan daripada projek utama di negeri ini dilaksanakan di peringkat kerajaan tempatan.
“Ini berikutan pihak kerajaan tempatan mempunyai kuasa dan sumber yang kukuh untuk menjayakan projek-projek pembangunan.
“Justeru, kerajaan negeri perlu meneliti semula perkara ini dan memastikan kerajaan tempatan memberikan per-khidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sejiwa Senada Bahagian Kuching Selatan di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini semalam.
Tambah Taib, dalam usaha merencanakan pembangunan di negeri ini khasnya di peringkat bandar, tiga aspek perlu diberikan tumpuan iaitu sistem pembetungan, pengangkutan dan pelupusan sampah.
Katanya, populasi penduduk di bandar semakin meningkat.
Justeru katanya, pembangunan yang dilaksanakan harus mengambil kira kesemua aspek ini agar ia tidak menjejaskan kehidupan rakyat.
Bercakap mengenai program tersebut, Taib berkata penganjuran Sejiwa Senada adalah landasan terbaik bagi agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan mendekati rakyat serta menyebarkan maklumat terkini kepada masyarakat.
Katanya, program seperti ini wajar dimanfaatkan oleh setiap agensi kerajaan untuk mendapatkan komen, pendapat dan maklum balas daripada rakyat demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan mereka.
Manakala rakyat pula katanya harus mengambil peluang ini untuk mendalami peranan, fungsi dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan serta mengetahui pencapaian me-reka.
“Saya berharap inisiatif ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang lebih mesra dan erat antara kerajaan dan rakyat dengan kerjasama yang padu bagi merealisasikan aspirasi serta wawasan negara,” katanya.
Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Md Yahaya Basimin, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani dan Datuk Bandar MBKS James Chan.

No comments:

Post a Comment