Wednesday, March 16, 2011

Naroden Majais : Jangan guna IT burukkan orang lain demi kepentingan politik sendiri

BPO
 
Posted on March 15, 2011, Tuesday
SIMUNJAN: Rakyat di ne-geri ini dinasihatkan tidak menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat (IT) untuk memburukkan orang lain demi kepentingan politik sendiri.

Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Mohd Naroden Majais memberitahu, terdapat ramai individu yang menggunakan IT menerusi blog-blog atau laman web untuk menyebarkan maklumat tidak betul dan mengaibkan seseorang.

“Ada insiden berlaku di mana IT digunakan untuk memburuk-burukkan orang lain dan memberi maklumat yang tidak tepat yang boleh mengeliru dan mengancam serta memecahbelahkan keharmonian masyarakat negeri ini,” katanya.
Naroden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian penutupan Hari Keluarga di Padang Sentral Simunjan pada Ahad lalu.
Selain itu, beliau turut menyarankan penduduk di pedalaman khususnya golongan muda agar mempelajari ilmu IT dengan lebih mendalam di pusat yang telah disediakan oleh kerajaan.
Jelasnya, menerusi program Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang disum-bangkan oleh kerajaan, ia mampu membantu masya-rakat buta IT mempelajari ilmu ini terutama penduduk kampung.
“Kita mengadakan program PJK bagi menyebarkan ilmu IT ini kepada golongan sasar (buta IT) kerana ilmu IT mampu memberi pelbagai faedah.
“Menerusi IT, kita boleh mendapatkan maklumat terkini serta menjadi medium utama bagi sektor pekerjaan dan pendidikan,” katanya.
Justeru, beliau berharap agar masyarakat menggunakan ilmu IT sebaik mungkin demi kepentingan semua pihak.
Sementara itu, Pengerusi PJK Simunjan Jennet Usin berkata, PJK Simunjan kini mempunyai 1,088 ahli berdaftar sejak ia ditubuhkan pada 2 Januari 2008.
“Kami telah melatih 1,415 orang pelatih dari kampung sekitar Simunjan ini melalui program-program berhubung IT.
“Dalam program yang diserapkan, kami menyedia-kan kursus asas komputer, e-kerajaan, e-pendidikan dan e-dagang yang bertujuan memperluaskan pengetahuan penduduk di sini tentang ilmu IT,” katanya.
Turut hadir Penghulu Raili Alias dan tetamu kehormat lain.

No comments:

Post a Comment