Monday, March 7, 2011

Pehin Sri : Jangan gentar pembangkang

BPO

DUKUNG PERJUANGAN: Taib ketika berucap pada perasmian Konvensyen Barisan Nasional Negeri Sarawak 2011 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching semalam. — Gambar Jeffery Mostafa
by Agnes Tugong. Posted on March 6, 2011, Sunday
Ahli BN perlu bersuara menentang penghasut cuba gugat kestabilan negeri: Taib

KUCHING: Ahli-ahli Barisan Nasional (BN) tidak perlu gentar untuk bersuara bagi menentang penghasut dan musuh yang cuba menggugat kestabilan negeri dan politik kerajaan BN.

Pengerusi BN Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata setiap kaum di negeri ini telah menikmati kehidupan yang lebih baik dari tahun ke tahun dan tidak ketinggalan dari segi pembangunan.
Katanya, kemajuan politik di negeri ini dan negara amnya didirikan oleh anak kita sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.
Justeru katanya, siapa berani cakap BN tidak melakukan apa-apa untuk negara dan kenapa anda perlu takut untuk bersuara menentang penghasut dan  musuh-musuh politik kita.
“Kalau anda percaya BN telah berjasa besar kepada negeri dan negara… apa yang perlu kita buat?
“Yang baik jangan dibiarkan menjadi terabai dan teruskan perjuangan kita untuk kejayaan rakyat.
“Oleh sebab itu, kita mesti perkuatkan lagi BN untuk ke-sinambungan rakyat pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Barisan Nasional Ne-geri Sarawak 2011 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.
Hadir sama pada majlis itu ialah para pemimpin BN negeri iaitu Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Pa-tinggi Tan Sri Dr George Chan, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr James Masing dan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Dato Sri Wiliam Mawan Ikom.
Terdahulu dalam ucapannya, Ketua Menteri turut menegas-kan bahawa kerajaan tidak pernah mendiskriminasikan sesiapa dan tiada mana-mana kaum yang tersisih daripada pembangunan khasnya pendidikan.
Katanya, kita telah berjaya menukar rakyat yang susah kepada senang sebaliknya dipertikaikan oleh sesetengah pihak yang tidak memahami erti kemiskinan sebenar.
“Memain-mainkan perasaan rakyat adalah tidak baik untuk rakyat dan rakyat akan ketinggalan daripada pembangunan.
“Tugas utama bagi mana-mana corak politik dalam ne-gara adalah untuk memboleh-kan semua rakyat menikmati pembangunan.
“Justeru, kita mesti kekal setia kepada BN untuk memastikan pembangunan yang telah dikecapi berkekalan dan dipertingkatkan pada masa akan datang,” ujarnya.
Sementara itu, Taib yang turut menempelak pembangkang berhubung isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), berkata Penasihat Khas di Pejabat Ke-tua Menteri dan Ketua Informasi PBB Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem telah dilantik bagi memantau penggunaan taktik sedemikian.
“Jika diadakan perdebatan, Adenan mampu mematahkan hujah pembangkang,” kata Taib merujuk cabaran yang dilontarkan pengerusi negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baru Bian kepada beliau untuk mengadakan debat umum berhubung isu NCR.
Taib berkata pembangkang hanya pandai berjanji dan mereka masih perlu mengemukakan bukti konkrit berhubung per-kara itu.
Baru yang mendakwa kebenaran mengenai isu itu akan di-ketahui menerusi debat umum berkata, lebih 200 kes NCR masih tertunggak di mahkamah dan perkara tersebut disedari Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

2 comments:

  1. Memang la tak perlu gentar pembangkang malah tak perlu gentar mana-mana manusia pun termasuk Taib sendiri. Yang perlu dan wajib kita gentar dan takut HANYALAH ALLAH SWT. Tak kirala anda penyokong BN ke, PAS ke atau lain-lain parti. Wajib takut pada ALLAH. Setakat manusia semua akan mati dan dipersoalkan.

    ReplyDelete
  2. Penyokong2 Umno,

    Kemenangan Umno/BN di Merlimau dan Kerdau, bukan satu yang memeranjatkan. Kedua dua kawasan tersebut memang kubu kuat Umno. Seperti Tenang 70% penduduk disana adalah penghuni Felda dan estet estet. Jadi apa lah tahap otak mereka. Apalah tahap pendidikan mereka. Mereka faham tak apa itu rasuah dan menyalah guna kuasa.

    Mereka tak faham isu isu berikut:-

    1) Sejak tahun 1983, bermulalah SKANDAL2 MEGA RASUAH dimana bank BMF telah hilang 4 bilion ringgit Malaysia dengan pinjaman yang diberi kepada penipu penipu Hong Kong dengan bantuan barua baru Melayu Umno

    2)Skandal Perwaja telah mengakibat kerugian rm3 bilion.

    3) Skandal CCB telah hilangkan berjuta juta duit rakyat yang telah dipinjam oleh barua Umno dan Mic dan tak bayar balik

    4)Skandal Maminco telah lesapkan wang rakyat sebanyak rm2 billion

    5)Yang lebih malukan Bank Islam—guna nama islam tapi telah songlap berbilion ringgit duit rakyat—peminjam barua Umno tak bayar balik pinjaman

    6)Pada 2007, skandal Enron telah rugikan rakyat Malaysia sebanyak rm2 bilion.

    7) Pos Malaysia telah songlap rm2 bilion duit rakyat

    8)Yang Mega skandal yang terbaru ialah PKFZ, dimana sebanyak rm12 bilion duit rakyat telah di curi oleh perompak MCA dengan bantuan perompak perompak Umno.

    9)Yang lebih memalukan ialah ratusan GLCs telah songlap berbilion billion ringgit duit rakyat. Ini sendiri di sebut oleh Auditor General (Ketua Pengarah Audit) Malaysia Ambrin Buang. Belaiu telah mempersoalkan kerelevanan GLC2 ini. GLC terkini yang telah songlap duit rakyat ialah Sime Darby yang telah songlap rm4 bilion duit rakyat. Yang hairan, pada satu ketika bilamana syarikat ini di tadbir olih matsaleh, ia merupakan nama besar di medan antarabangsa. Tapi bila orang Umno ambil alih macam biasalah curi duit rakyat dan bankrupkan syarikat.

    10)Ketua Perompak Collar Putih, Mahathai telah dituduh oleh wartawan berkecuali Barry Wain dalam buku tulisanya The Malaysian Maverick sebagai telah curi duit rakyat sebanyak RM100 bilion. Sehingga sekarang Mahathai belum saman Barry—Kenapa—takut semua rakusan beliau akan di bongkarkan di mahkamah.

    11) Laporan Global Financial Integriti telah bongkarkan bahawa selama 10 tahun perompak2 Umno/BN telah seludup duit haram yang berjumlah RM899 bilion ke luar Negara. Dan yang memalukan ialah, Malaysia berkedudukan ke tangga KELIMA sedunia. Yang pengundi2 bodoh Umno/BN tak faham berapa besar jumlah tersebut—899,000,000,000,000.

    Mungkin ada lembu tanya, tiada siapa kena hukum oleh mahkamah. Ya skandal video LINGAM telah bongkarkan berapa korup kebanyakan hakim hakim Malaysia.

    Jadi aku nak Tanya Unspinner dan penyokong bodoh kau, u orang faham tak apa yang di tulis atas atau tahu tapi buat tak tahu. Pakailah otak u orang secara RASIONAL dan jangan simpan otak you orang dekat BUNTUT dan merepek. Perompak2 UMNO/BN hidup macam MAHARAJA dengan duit haram mereka. Rakyat pula terpaksa menghadapi kenaikan harga untuk barang2 keperluan harian. Ada pula hidup "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Perompak2 seperti Taib Mahmud bukan sahaja hidup terlalu mewah tapi sangup kahwin isteri muda yang berusia 40 tahun lebih muda darinya.

    ReplyDelete