Wednesday, June 22, 2011

Taib mendahului angkat sumpah sebagai ADUN


PELANTIKAN: Taib mengangkat sumpah sebagai ADUN baru di Persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuching, semalam.

Posted on June 21, 2011, Tuesday
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mendahului 71 Ahli Dewan Un-dangan Negeri (ADUN) meng-angkat sumpah di hadapan Speaker DUN Dato Sri Mohd Asfia Awang Nassar pada hari pertama Persidangan DUN Sa-rawak Ke-17 di sini, semalam.
Taib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri mengangkat sumpah sebagai ADUN Balingian dalam majlis yang bermula jam 9.30 pagi di Kompleks DUN.
Ia disusuli Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang mengangkat sumpah sebagai ADUN Layar, Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri James Masing (Baleh), Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Tan Sri William Mawan Ikom (Pakan), Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (Satok), Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Adenan Satem (Tanjung Datu) dan Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Soon Koh (Bawang Assan).
Antara ADUN lain ialah Men-teri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah (Dalat), Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong (Tebedu)serta Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
ADUN baru terdiri daripada Martin Ben (Kedup), Aidel Lariwoo (Sadong Jaya), Abdullah Saidol (Semop), Datu Len Talif Salleh (Belawai) dan Ripin Lamat (Lambir).
Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng (Bukit Asek) dan Ketua PKR Sarawak Baru Bian (Ba’Kelalan) merupakan antara ADUN pembangkang.
Persidangan kali ini merupakan yang pertama selepas Pilihan Raya Negeri Ke-10 diadakan pada 16 April 2011 apabila DUN dibubarkan pada 21 Mac 2011.
Selepas pilihan raya tersebut, BN kekal sebagai pemerintah dengan kemenangan di 55 kerusi, manakala DAP 12 kerusi, PKR tiga kerusi dan Bebas satu kerusi.
Sementara itu, Asfia dalam permasyhurannya memberitahu, perasmian persidangan akan disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada jam 9 pagi hari ini.
Majlis tersebut disusuli dengan ucapan pembukaan oleh Tun Salahuddin.
Sepanjang persidangan, Dewan akan meminda Undang-undang Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA).
Selain itu, Dewan bakal membincangkan beberapa usul, termasuk mengenai penggunaan wang dalam pilihan raya negeri daripada Wong Ho Leng (DAP).
Usul kedua, mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pejabat Ketua Menteri.
Persidangan yang akan berakhir pada 29 Jun itu bakal menjawab 355 soalan, iaitu 307 jawapan lisan dan 48 bertulis.
PELANTIKAN: Jabu mengangkat sumpah sebagai ADUN baru di Persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuching, semalam.
BERMULA: Mohd Asfia (kanan) dan ADUN ketika bacaan doa sebelum bermulanya Persidangan DUN yang ke-17 di Kuching, semalam.

No comments:

Post a Comment