Saturday, June 4, 2011
Shabery Chik salah, Penubuhan Parlimen Belia tidak sesuai - Karim Hamzah
by Saibi Gi. Posted on June 3, 2011, Friday
Pendedahan boleh diperolehi dengan sedia subjek mengenai perkara itu di sekolah
KUCHING: Jika sekadar ingin mendedahkan belia tentang peranan kerajaan dan parlimen, cadangan penubuhan Parlimen Belia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat tidak sesuai.
Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pendedahan boleh diperolehi dengan menyediakan subjek khusus mengenai perkara itu di sekolah.
“Kalau Parlimen Belia bertujuan untuk mendedahkan belia kepada peranan kerajaan dan parlimen, jadikan sistem kerajaan dan peranan parlimen sebagai satu subjek untuk diajar di sekolah-sekolah dan dedahkan anak-anak sekolah kepada apa itu persidangan parlimen dan peranannya,” katanya.
Beliau yang diminta mengulas mengenai cadangan penubuhan Parlimen Belia oleh Najib baru-baru ini oleh Menteri Belia dan Sukan Shabery Chik berkata, beliau tidak menolak cadangan tersebut tetapi ingin tahu apakah matlamat di sebaliknya.
Menurut beliau, persidangan parlimen olok-olok melibatkan anak-anak sekolah juga boleh diwujudkan supaya mereka lebih mengetahui tentang tujuan dan peranan badan penggubal undang-undang.
“Yang saya fahami cadangan adalah untuk meng-adakan seorang ahli parlimen belia bagi setiap kawasan parlimen,” ujarnya.
Najib baru-baru ini berkata, Parlimen Belia bakal diwujudkan bagi mengetahui pandangan, cadangan dan cita rasa golongan belia di negara ini.
Wakil ke parlimen dipilih oleh belia sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment