Friday, February 18, 2011

YB Datuk Talib dan Naib Ketua Pemuda PBB menolong bangsar banjir

BPO

BANTU: Talib (kanan) dan Pandi (dua kanan) menimba air di sebuah rumah apabila banjir mula surut.
Posted on February 17, 2011, Thursday
BINTULU: Kampung Asyakirin Fasa I dan II dilanda banjir kilat malam kelmarin, selepas hujan lebat bermula kira-kira jam 2 petang Selasa menyebabkan ada beberapa rumah ditenggelami air sedalam tiga kaki.

Ketua Kampung Abu Bakar berkata, air mula naik dengan pantas kira-kira pada jam 7 malam.
“Ada yang tidak sempat meletakkan perabot di tempat tinggi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili berkata, lebih 20 rumah terjejas akibat kejadian yang jarang berlaku.
“Jarang air naik setinggi ini. Ini kali pertama,” katanya.
Kejadian dipercayai akibat sistem perparitan tidak lancar. Bagaimanapun, air mula surut bermula jam 10 malam.
Bersimpati dengan insiden terbabit, Menteri Muda Pelancongan yang juga ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip melawat ke kawasan kejadian pada malam tersebut.
Beliau bersama Pandi dan Abu meninjau ke-adaan banjir di sekitar kampung tersebut.

No comments:

Post a Comment