Thursday, February 3, 2011

Syukuri kestabilan politik

BPO
KUCHING: Rakyat di negeri ini diingatkan agar bersyukur dengan kestabilan politik yang dikecapi selama ini.
Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dalam perutusan khasnya sempena sambutan Tahun Baru Cina berkata kestabilan politik penting kerana ia merupakan pemacu kepada pembangunan dan kemajuan pesat Sarawak.

“Buktinya kita dapat merasai dan melihat sendiri perubahan positif daripada pelbagai aspek pembangunan dari semasa ke smasa.
“Inilah pencapaian dan kejayaan bersama rakyat kita yang terdiri daripada pelbagai etnik, kepercayaan dan budaya,” katanya.
Menurut beliau bagi memastikan tiada satu pun rakyat negara ini tersisih daripada arus perdana pembangunan, kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Beliau berkata pengenalan GTP melalui enam bidang keberhasilan utama bertujuan menjana pemba-ngunan pesat negara keseluruhannya tanpa mengabaikan kepenti-ngan setiap kaum di Malaysia.
Pada masa sama kerajaan katanya, sentiasa memberi perhatian kepada aspek pendidikan kerana masyarakat berilmu dan berpendidikan tinggi penting ke arah peningkatan pendapatan  serta kemajuan negara.
“Masyarakat yang berilmu juga adalah masyarakat yang sentiasa berinovasi.
“Ia satu faktor penting yang akan memberi daya saing untuk kita terus maju,” ujarnya.
Mengenai sambutan Tahun Baru Cina, Salahuddin berkata di Malaysia perayaan itu tidak ha-nya disambut oleh masyarakat Cina tetapi semua rakyat negara ini dengan amalan kunjung me-ngunjung pada hari pertama dan kedua oleh sahabat handai terus diamalkan saban tahun.
Konsep rumah terbuka kata-nya, yang dipraktikkan sejak dulu lagi terus diamalkan sehingga ia menjadi budaya dan identiti masyarakat Malaysia yang ber-bilang kaum.
“Tahun ini kita amat bertuah kerana diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2011 pada Ahad, bersamaan 6 Februari 2011 iaitu di bandar raya Miri.
“Ini sudah tentu akan memberi peluang kepada masyarakat Zon Utara Sarawak turut serta dalam sambutan perayaan peringkat kebangsaan… di sini saya mengambil kesempatan menyeru semua pihak untuk turut hadir dalam menjayakan majlis itu nanti,” ujarnya.
Menurut Salahuddin, berdasarkan kalendar Cina, tahun ini me-rupakan Tahun Arnab dan seperti kita sedia maklum haiwan keempat dalam turutan kalendar Cina mempunyai sifat-sifat positif, bijaksana, bersih, bersopan santun, rendah diri dan bertimbang rasa.
“Maka saya berharap agar sifat-sifat yang positif ini dapat disemai dalam kehidupan generasi muda sekali gus menjadi amalan harian masyarakat kita,” katanya.

No comments:

Post a Comment