Saturday, April 16, 2011

Sarawak Tanahairku


Tidak lama lagi pengundi Sarawak akan mengundi untuk Pilihanraya Sarawak 2011.  Mereka akan membuat keputusan yang akan mempengaruhi hidup mereka dan anak-anak mereka untuk sekurang-kurang 5 atau mungkin 10 tahun akan datang.

Orang Sarawak perlu berfikir dengan mendalam dan berpandangan luas mengenai masa depan politik Sarawak.  Kita tidak boleh terpedaya dengan tohamahan dan fitnah yang membanjiri Sarawak sebulan dua ini.  Hasutan untuk kononnya berubah adalah perangkap yang boleh menghancurkan masa depan rakyat Sarawak.

Rakyat Sarawak wajib untuk melihat dengan mendalam pemfitnah-pemfitnah dan penghasut-penghasut ini.  Adakah mereka sendiri mengamalkan apa yang mereka laungkan?  DAP di kuasai oleh bapa (Lim Kit Siang) dan seterusnya oleh anaknya (Lim Guan Eng) selama hampir 35 tahun!  Adakah Democratic AP benar-benar demokratik atau hanya illusi kepada pengundi Sarawak?  Change! Change! Change family control of DAP by Lim and Karpal Singh family!

Nik Aziz memerintah Kelantan selama 21 tahun!  Apa sudah terjadi kepada Kelantan selepas 21 tahun?  Rakyat Kelantan mempunyai Gross Per Capita Income kurang daripada setengah Gross Per Capita Income rakyat Sarawak.  Pehin Sri lama! Lama! Nik Aziz lama dan kelantan mundur!  Pehin Sri memberi kestabilan politik yang lama dan pembangunan ekonomi.

Barisan Nasional telah berkhidmat kepada Sarawak lebih 40 tahun.  Parti komponen Sarawak Barisan Nasional menjalankan pembangunan untuk rakyat Sarawak seluruh jangka waktu itu.  Parti asing dan baru seperti PKR, PAS dan DAP (hanya masuk 1970an) langsung tiada rekod khidmat kepada rakyat Sarawak.  Rakyat Sarawak harus memikirkan parti mana yang telah berkhidmat kepada mereka selama ini.

Rakyat Sarawak juga harus memilih antara Barisan Nasional yang berpengalaman mentadbir Sarawak dan DAP/PKR yang hanya berpolitik setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan bertahun-tahun.  Pakatan Rakyat sudah menyatakan bahawa mereka tiada harapan untuk merampas kerajaan negri Sarawak tetapi mahu menggunakan pilihanraya ini sebagai batu loncatan untuk pilihanraya umum di semenanjung.  Adakah rakyat Sarawak sanggup untuk menggadai masa depan semata-mata untuk menjadi batu loncatan untuk DAP dna PKR?

Untuk menjamin masa depan rakyat sarawak dan  tidak membenarkan budaya jahat DAP/PKR bertapak ditanah Sarawak rakyat Sarawak undilah Barisan Nasional.

4 comments:

  1. jangan hanya baca utusan meloya dan tengok TV 3 suku. pergi sendiri kelantan dan compare dengan perlis. pergi melawat kedah terutama di bahagian jeniang dan sik. lihat apa yang BN buat selepas 50 tahun perintah.hanya pandai tanam padi atas bumbung.pernah tak BN beri air percuma pada rakyat.pernah tak MB PAS kena tuduhan rasuah atau kaya macam MB BN.ada tak YB pas pernah kena kes rasuah macam YB BN........buat kajian sendiri....jangan percaya media kerajaan.

    ReplyDelete
  2. macam sial jer geng songkok tinggi nih..haktuihhhh

    ReplyDelete
  3. Kau tak penah ke kelantan....Tesco kelantan menjana pendapatan paling besar setiap bulan seluruh malaysia,Bank islam mempunyai pelaburan palang tinggi di kelantan.Serawak hutang paling tinggi...tok uban punya jasa.

    ReplyDelete
  4. apa kemajuan yg ade kat semop.,tak uabah seperti era 70 kampung aku dulu2.asyik asyik org pulau bruit kene tipu dan digula gulakan olh pemimpin bn.,sudah sudah le.

    ReplyDelete