Tuesday, April 26, 2011

PBB beri DAP ‘amaran’


PETER MINOS


by Patricia Gari. Posted on April 25, 2011, Monday
Kawasan Bidayuh bukan untuk ditawan dan dikuasai oleh parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia: Peter Minos

PETER MINOS
KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) diberitahu agar melupakan hasrat untuk menguasai kawasan majoriti Bidayuh pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana kehadiran parti itu ke kawasan Bidayuh ibarat ‘tetamu tidak diundang’.
Timbalan Ketua Publisiti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Peter Minos berkata DAP boleh mencuba nasib di kawasan-kawasan Parlimen Bidayuh tetapi itu hanyalah usaha sia-sia kerana Bidayuh tetap kekal berpihak kepada Barisan Nasional (BN) seperti selama ini.
“DAP, jangan sentuh kawasan Bidayuh, kerana Bidayuh tidak sukakan DAP. Selain pembangkang, DAP adalah parti yang datang dari Semenanjung Malaysia dan Bidayuh tidak suka parti yang datang dari Semenanjung Malaysia.

“DAP boleh cuba memasuki kawasan Bidayuh kerana Malaysia adalah negara demokrasi tetapi saya amat pasti kehadiran mereka akan ditolak (reject),” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.
Menurut Minos komuniti Bidayuh di tiga kawasan Parlimen iaitu Mambong, Serian dan Mas Gading tidak akan berganjak pendiriannya dan dengan konsisten menyokong BN kerana selama ini terbukti hanya BN berjaya membawa pembangunan di kawasan-kawasan berkenaan.
Beliau menambah antara sebab Bidayuh akan menolak DAP ialah Bidayuh tetap mahukan BN sebagai kerajaan yang memerintah dan komuniti itu masih inginkan pembangunan.
“DAP jangan pergi ke kawasan Bidayuh hanya untuk mengelirukan orang Bidayuh yang selama ini ingin hidup dalam situasi damai dan terus memfokus kepada BN,” tegasnya.
Minos berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengatakan DAP kini mengintai peluang untuk menguasai tiga kawasan parlimen Bidayuh (Mambong, Serian dan Mas Gading) termasuk Sri Aman dan Petra Jaya.
Bukan itu sahaja, Chong memberitahu DAP juga kini dalam usaha merampas lapan lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada BN. Lima daripada kerusi itu adalah kawasan Bidayuh iaitu Opar, Tasik Biru, Bengoh, Tarat dan Kedup manakala empat lagi ialah Tupong, Satok dan Balai Ringin.
Pada sidang medianya Sabtu lepas Chong memberitahu ‘misi’ merampas kawasan-kawasan berkenaan kini digalas sepenuhnya oleh DAP selepas ketua perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian mengakui PKR tidak mampu menguasai lebih banyak kerusi kerana sumber-sumber yang terhad.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang ke-10 pada 16 April lalu, DAP menang 12 daripada 15 kerusi yang tandingi manakala PKR hanya menang di tiga kerusi meskipun meletakkan calonnya di 49 kerusi.
Kejayaan DAP itu juga adalah pencapaian terbaik parti itu berbanding PRN Sarawak kesembilan pada 2006 apabila parti dari Semenanjung Malaysia itu hanya menang di enam kerusi.

No comments:

Post a Comment