Wednesday, April 27, 2011

BN Batu Kawah mahu Khairy, Gan hormati ‘keunikan politik’ Sarawak



 
Posted on April 26, 2011, Tuesday

KUCHING: Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri di Batu Kawah mahu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden MCA, Senator Gan Ping Sieu menghormati ‘keunikan politik’ Sarawak.
Dalam kenyataan akhbar bersama oleh Tan Joo Phoi daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Dato Ahmad Ibrahim dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Kapten (B) Zainuddin Tan Sri Hamdan dari Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Lau Ting Ping dari Parti Rakyat Sarawak (PRS), mengecam kenyataan Khairy dan Gan kerana mendesak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan sebagai ketua menteri.
Ahmad yang bertindak sebagai jurucakap berkata mereka sebagai ahli parti BN Negeri Sarawak berasa terhina dengan kenyataan Gan dan Khairy itu.
“Kita mahu jelaskan kepada rakyat Malaysia, nasib politik rakyat Sarawak akan ditentukan dan milik rakyat Sarawak bukannya orang luar. Sila hormati landasan politik kami kerana mahu mengekalkannya seperti itu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar semalam.
Beliau turut mengatakan rakyat Sarawak telah membuat keputusan dalam pilihan raya negeri yang baru selesai iaitu kepimpinan Taib masih diperlukan.
“Bila Pehin Sri mahu bersara, semua itu terpulang kepadanya. Beliau sudah mendapat mandat daripada rakyat untuk terus memerintah.
“Kita berharap Gan dan Khairy menarik balik kenyataan mereka dan memohon maaf tidak hanya kepada ketua menteri tetapi semua rakyat Sarawak kerana tidak sensitif, jahil dan bertindak di luar batasan,” ujarnya.

borneo post

Last week YB Datuk Fadilah Yusof stated that Khairy Jamaludin's statement was personal and need not be rebuked.

No comments:

Post a Comment