Friday, April 1, 2011

Sarawak dan Brunei majukan hidro

BPO

by Mastura Ismail. Posted on March 30, 2011, Wednesday

MERCU TANDA: Taib mendengar taklimat daripada Lim (tiga kiri) tentang projek pembinaan SJKC Chung Hwa semalam.
Kerjasama dua hala itu bakal beri faedah sama rata, jadikan Limbang kawasan termaju
LIMBANG: Bahagian Limbang yang juga meliputi da-erah Lawas tidak lagi dikenali sebagai ‘penghujung negeri’ apabila muncul sebagai kawasan termaju me-lalui pembinaan projek hidro yang berpaksikan kerja-sama dan hubungan dua hala dengan negara jiran Brunei Darussalam.
Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata berkonsepkan ‘makan setapak dan sepinggan’ Sarawak dan Brunei akan menikmati faedah bersama hasil projek pembinaan hidro melibatkan Limbang (245) dan Lawas (1,000) megawat.
Beliau berkata negara Brunei menunjukkan minat bukan saja untuk membangun-kan projek hidro tetapi juga bekerjasama memajukan wilayah Limbang sebagai kawasan penanaman padi.
“Kita sudah berunding de-ngan Brunei untuk menjalan-kan kerjasama melalui projek hidro dan projek penanaman padi yang juga membawa fa-edah kepada pembangunan bagi negara jiran kita.
“Kajian ke atas semua potensi pembangunan ini bakal menyaksikan Limbang dan Lawas akan muncul sebagai kawasan termaju hasil kekuatan kerjasama dengan (ne-gara) Brunei,” katanya pada perasmian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa di sini semalam.
Turut sama ialah isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Datuk Dayang Morliah, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, penyandang kerusi DUN Batu Danau, Paulus Palu Gumbang dan Pengerusi SJKC Chung Hwa, Lim Chew Ching.
Taib berkata lagi kerjasama baik antara Sarawak dan Brunei dalam pembekalan sumber tenaga elektrik akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.
Beliau berkata Brunei perlukan sumber tenaga alternatif seperti tenaga hidro elek-trik selain bergantung kepada sumber tenaga gas yang sedia ada dalam menampung permintaan sumber tenaga elek-trik yang semakin meningkat di negara itu.
“Sarawak dan Brunei bukan sahaja akan terus bekerjasama rapat dalam pengurusan sumber tenaga elektrik-nya malah juga dalam bidang lain termasuk pertanian de-ngan membangunkan pena-naman padi.
Inilah hasil kerjasama yang dijalankan yang memberi keuntungan kepada kita dan negara berhampiran,” ujar-nya lagi.
“Kita yakin dengan adanya empangan hidro nanti, ia bukan sahaja membekalkan sumber tenaga tetapi turut membekalkan sumber air untuk aktiviti pertanian,” katanya.
Dalam pada itu Taib turut menempelak corak politik pembangkang yang meng-amalkan ‘politik maki’ berbanding usaha untuk membawa perubahan berterusan kepada penduduk di sini.
Jelasnya pembangkang ha-nya gemar mencaci dan men-cerca untuk memenuhi ke-pentingan politik dengan menghasut rakyat.
Beliau mahu penduduk di negeri ini terus bersatu padu untuk mendapatkan majoriti dan sokongan rakyat bagi menubuhkan kerajaan.
“Melalui semangat bersatu padu yang diamalkan sejak sekian lama, kita mampu membawa lebih banyak pembangunan dan mengubah kehidupan rakyat yang dulunya miskin kini bertambah se-nang,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment