Tuesday, February 12, 2013

YAB Pehin Sri Taib Mahmud berkunjung Tahun Baru Cina di Kuching



Taib kunjungi kediaman Temenggung Lu

Posted on February 12, 2013, Tuesday
KENANGAN TAHUN BAHARU:Lu (duduk dua kiri) bersama Taib dan Ragad (tengah) bergambar bersama kaum keluarganya.
KENANGAN TAHUN BAHARU:Lu (duduk dua kiri) bersama Taib dan Ragad (tengah) bergambar bersama kaum keluarganya.
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib menghadiri rumah terbuka keluarga Temenggung Kaum Cina Bahagian Kuching Lu Kim Yong di Jalan Ellis pada 10 Feb­ruari lalu.
Rombongan disambut meriah dengan tarian singa dan majlis memotong kek tahun baharu yang ditempah khas bagi majlis itu.
Ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat-handai hadir bagi me­meriahkan lagi suasana majlis.
Taib dan isteri turut bergambar kenangan bersama ahli kelu­arga Lu dan isteri di kediaman mereka.
Sementara itu, Kapitan Lucy Lingam mewakili kaum minoriti India di negeri ini menyatakan rasa terima kasih diatas sokongan kerajaan negeri selama ini.
“Kaum India akan sentiasa menyokong perjuangan Barisan Nasional (BN) di negeri ini kerana kerajaan telah banyak membantu kami kaum minoriti di sini,” ka­tanya kepada pemberita.
Beliau berkata kaum India tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan malahan diajak berkongsi pelbagai kemudahan dan prasarana yang disediakan kerajaan untuk kes­elesaan bersama.
Bagaimanapun, beliau menyeru agar golongan belia kaum India sentiasa menambah ilmu peng­etahuan untuk menaikkan taraf kehidupan masing-masing.

No comments:

Post a Comment