Thursday, February 21, 2013

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Tanjung Datu sumbang air mineral kepada penduduk



PBB sumbang air mineral kepada penduduk terputus air bersih

Utusan Borneo February 21, 2013, Thursday
LUNDU: Kesulitan penduduk Kampung Bengang di sini yang terputus bekalan air bersih selama dua hari ekoran kebocoran saluran paip mendapat perhatian dan tindakan segera Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tanjong Datu Abu Seman Karim.
Beliau yang dimaklumkan mengenai perkara itu menghulurkan bantuan 864 botol air mineral (1,500 ml setiap botol) kepada kira-kira 23 keluarga yang terjejas, semalam.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bengang Maxwell Ujis berkata, bantuan itu amat bermakna kepada penduduk kampung berkenaan.
“Bantuan ini amat bermakna kepada kepada 23 keluarga di kampung kami melibatkan 130 orang penduduk.
“Bantuan ini kami gunakan sebaik mungkin sebagai air minuman dan untuk memasak.
“Kami cukup berterima kasih dan gembira menerima bantuan daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat PBB Cawangan Tanjong Datu ini yang begitu perihatin dan mengambil tindakan segera membantu ” katanya.
Sementara itu jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Lundu ketika dihubungi memberitahu, kerja-kerja mengesan kebocoran paip sedang giat dilakukan dan penghantaran bekalan air akan dilakukan bagi kemudahan penduduk di situ.


No comments:

Post a Comment