Monday, February 25, 2013

Perkukuhkan Perpaduan Rakyat - YAB KM Pehin Sri Abdul Taib Mahmud


SHARING FESTIVE JOY: Taib (second left) handing an angpow to one of the visitors during the MBKS Chinese New Year gathering yesterday. — Photo by Muhammad Rais Sanusi
SHARING FESTIVE JOY: Taib (second left) handing an angpow to one of the visitors during the MBKS Chinese New Year


.

Perkukuh perpaduan rakyat

by Patricia Gari. Posted on February 25, 2013, Monday
BERSAMA RAKYAT: Taib dan Ragad melambai ke arah orang ramai semasa menghadiri Majlis Ramah-tamah Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan di Kuching, semalam. Turut kelihatan Jabu (belakang), Wong (dua kanan) dan Chan (kanan).
BERSAMA RAKYAT: Taib dan Ragad melambai ke arah orang ramai semasa menghadiri Majlis Ramah-tamah Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan di Kuching, semalam. Turut kelihatan Jabu (belakang), Wong (dua kanan) dan Chan (kanan).
PBT disaran laksana lebih banyak aktiviti untuk wujud masyarakat muhibah: KM
KUCHING: Pihak berkuasa tem­patan (PBT) harus melaksanakan lebih banyak aktiviti yang dapat mengeratkan lagi perpaduan serta kerjasama rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan di negeri ini.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, ia sejajar dengan salah satu resolusi kerajaan negeri dalam usaha mentrans­formasikan pentadbiran PBT di Sarawak.
Pentadbiran PBT, jelasnya, harus memberi penekanan kepada usaha memperkukuhkan semangat muhibah serta pemahaman antara pelbagai kaum sekali gus menger­atkan kerjasama masyarakat.
Justeru, katanya, kementerian bertanggungjawab terhadap PBT di Sarawak yang sebelum ini dike­nali Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam ditukar kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Kemajuan Masyarakat.
“Apabila saya kembali menjadi Ketua Menteri selepas Pilihan Raya Negeri (2011), salah satu resolusi kerajaan ialah mentransformasikan pentadbiran PBT dengan objektif utamanya memperkukuhkan se­mangat muhibah dan saling mema­hami antara rakyat pelbagai kaum dan agama di Sarawak.
“Kita mesti faham, PBT tidak boleh duduk diam sebaliknya men­ganjurkan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat ke arah itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah-tamah Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, semalam.
Mengambil contoh Kuching, Taib berkata adalah perlu untuk kerajaan menerusi PBT menjadikannya bandar raya ceria dan mesra rakyat, khususnya bagi generasi muda.
“Pertama kali saya datang di Kuching (menjadi Ketua Menteri), penduduk di sini hanya 200,000 orang, sekarang sudah lebih 600,000 orang. Ini memerlukan banyak usaha untuk memastikan Kuching kekal sebagai bandar raya mesra penduduk seperti dari mula lagi.
“Saya amat gembira apabila dimaklumkan semua pelancong asing yang ditemu bual menyat­akan ciri dan keistimewaan paling ketara Kuching ialah penduduknya yang mudah mesra menyebabkan mereka berasa kedatangan mereka dialu-alukan dan berasa selamat di sini. Ini aset penting untuk sektor pelancongan kita,” katanya.
Menurut beliau lagi, ia adalah penghargaan terbaik kepada usaha rakyat negeri ini khususnya di Kuching bersatu dan membina kukuh komuniti pelbagai kaum serta kepercayaan.
Mengenai majlis ramah-tamah itu, Taib menyifatkannya sebagai perhimpunan terbesar pernah diha­diri beliau yang menyatukan rakyat Kuching pelbagai kaum.
“Inilah perjumpaan paling besar pernah saya hadiri dengan rakyat pelbagai kaum bukan sahaja Cina bergembira bersama meraikan Chap Goh Meh.
“Ini adalah forum terbaik meny­atukan rakyat Kuching teruta­manya generasi muda untuk melihat dengan mata mereka sendiri betapa gembiranya komuniti Kuching.
“Kegembiraan dan kemakmuran bandar raya Kuching hanya diketa­hui apabila mereka melibatkan diri dengan aktiviti komuniti mereka sendiri,” ujarnya.
Dalam ucapannya juga, Taib mengingatkan rakyat negeri ini agar tidak terlalu melihat kepada perbezaan antara kaum, sebaliknya cuba memahami serta menghormati antara satu sama lain.
Perbezaan itu, katanya, cuma gambaran luaran tetapi perpaduan dan semangat muhibah antara pelbagai kaum penting untuk memastikan Sarawak semakin maju dan kemakmuran serta kekayaan terus dinikmati.
Pada majlis sama, Taib meras­mikan Dewan Masyarakat MBKS yang telah dinaik taraf dengan kos RM5 juta.
Antara yang hadir isteri Ketua Menteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kerajaan Tem­patan dan Kemajuan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh, Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan dan pengerusi pengajur bersama Datin Hanifah Taib Alsree.



No comments:

Post a Comment