Sunday, February 17, 2013

Aspirasi tingkat hidup rakyat - YAB KM Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

WARM WELCOME: Taib (centre) being welcomed by thousands of well-wishers at the Bengoh Resettlement Scheme (BRS), some 40 km from Kuching, yesterday.

WARM WELCOME: Taib (centre) being welcomed by thousands of well-wishers at the Bengoh Resettlement Scheme (BRS), some 40 km from Kuching, yesterday.


by Saibi Gi. Borneo Posted on February 17, 2013, Sunday
Taib seru rakyat teruskan sokongan kepada BN, tolak pemimpin ‘banyak cakap’
PENEMPATAN SEMULA: Taib meneliti model rumah Skim Penempatan Semula Bengoh. Turut kelihatan, Dawos dan Abang Johari. — Gambar Muhammad Rais Sanusi
PENEMPATAN SEMULA: Taib meneliti model rumah Skim Penempatan Semula Bengoh. Turut kelihatan, Dawos dan Abang Johari. — Gambar Muhammad Rais Sanusi
KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meminta penduduk Sarawak meneruskan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 kelak.
Sokongan berterusan terhadap BN, katanya, akan membawa manfaat kepada rakyat kerana kerajaan mempunyai rancangan pembangunan berwawasan yang bakal meningkatkan taraf hidup rakyat.
Sebaliknya, menyokong parti-parti pembangkang tidak akan membawa manfaat kerana pemimpin mereka sekadar ‘cakap banyak,’ katanya.
“Sarawak masih banyak kawasan perlu dibangunkan terutama di kawasan luar bandar dan ini memerlukan kerajaan yang bijak menggunakan kuasa diberi rakyat,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Peringkat Parlimen Mambong di Jalan Puncak Borneo, dekat sini semalam.
Majlis yang diadakan di Skim Penempatan Semula Bengoh dan dihadiri kira-kira 3,000 penduduk sekitar turut dihadiri isterinya, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit dan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong.
Taib berkata, kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM2 bilion setahun bagi melaksanakan pembangunan di seluruh negeri yang menggambarkan komitmen terhadap rakyat.
Katanya, konsep politik pembangunan yang diadaptasikan di Sarawak sukar untuk disaingi parti-parti pembangkang kerana mereka sekadar bijak dalam politik putar belit.
“Pembangkang mahu kuasa tetapi tidak tahu menggunakan kuasa. Sedangkan kerajaan BN menggunakan kuasa diberikan untuk mencari wang bagi membiayai projek rakyat,” ujarnya.
Keinginan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan Sarawak hanya akan menyebabkan negeri ini ‘rosak’ berikutan pemimpin PKR tidak bijak menggunakan kuasa diberi rakyat, katanya.
Mengenai Parlimen Mambong yang kini diwakili Dawos, beliau berkata, penduduk tidak wajar mendengar tuduhan pembangkang yang gemar mencari isu memburukkan BN.
Malah pembinaan Empangan Bengoh turut dijadikan pembangkang sebagai modal politik dan memecahbelahkan perpaduan di kalangan Bidayuh.
Katanya, projek tersebut adalah untuk manfaat rakyat dan memastikan industri di Kuching dan kawasan sekitarnya dapat beroperasi tanpa wujud masalah air bersih.
“Bidayuh sudah bersatu dan jangan biarkan orang lain memecahbelahkannya hanya kerana ingin mencapai matlamat politik mereka,” katanya.
Sementara itu, Dawos dalam ucapannya berkata, Empangan Bengoh dapat membantu mengurangkan risiko banjir, selain membekalkan air bersih untuk Kuching, Bau dan Samarahan.
Beliau berkata, takungan di kawasan tadahan hujan dapat mengurangkan kuantiti air daripada terus mengalir ke kawasan-kawasan rendah, sekali gus membanjirinya.
Empangan Bengoh, katanya, dibina dengan matlamat kerajaan membekalkan air bersih yang mencukupi kepada penduduk di tiga kawasan berkenaan susulan peningkatan jumlah penduduknya.
Justeru, beliau meminta penduduk di kawasan Parlimen Mambong agar tidak terpengaruh dengan propaganda pembangkang yang mengajak orang ramai menentang projek Empangan Bengoh.
“Adakah pembangkang minum air hujan sebab itu mereka menentang projek ini. Setahu saya mereka minum air paip juga,” katanya yang kesal dengan sikap pembangkang gemar mengada-adakan isu terutama menjelang musim pilihan raya.
Dawos berkata, perkara sama juga berlaku ke atas Empangan Baram di Miri yang mendapat tentangan segelintir pihak.
Dawos yang juga Timbalan Menteri Pelancongan berkata pembinaan empangan hidroelektrik di kawasan terbabit didapati mampu mengurangkan risiko banjir.
“Rakyat harus sokong pembinaan Empangan Baram kerana ia dibina bukan untuk bekalan elektrik sahaja tetapi untuk membantu menghalang banjir,” katanya.


No comments:

Post a Comment