Saturday, February 16, 2013

Pertahan perpaduan rakyat - YAB KM Pehin Sri Abdul Taib Mahmud





MEMAKMURKAN NEGERI: Taib tiba untuk menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Mukah, semalam.
MEMAKMURKAN NEGERI: Taib tiba untuk menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Mukah, semalam.
Masyarakat bersatu akan bantu rangsang pertumbuhan ekonomi negeri: Taib
MUKAH: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyeru rakyat agar mempertahankan perpaduan yang merupakan tong­gak kemajuan negeri.
Beliau berkata, Sarawak mampu­nyai rakyat pelbagai kaum dan bu­daya, justeru mereka harus sentiasa bersatu padu serta memberi layanan sama rata antara satu sama lain.
“Sesebuah masyarakat tidak akan menikmati kehidupan yang baik atau bahagia jika mereka tidak bersatu padu dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Suhubungan itu, untuk berjaya dan maju ini (perpaduan) merupakan perkara yang penting.
“Tujuan kita bukan sahaja mahu hidup senang (kaya) sahaja, tetapi kita harus utamakan perpaduan dalam masyarakat dan dari situ, kita dapat bersama-sama menuju kejayaan dengan berbekalkan perpaduan yang tinggi dalam jiwa masing-masing,” ujarnya pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di sini, semalam.
Taib berkata, kerajaan sentiasa berusaha membangunkan Sarawak agar mengecapi kemajuan dalam pelbagai aspek.
Kerajaan, katanya, turut men­guruskan ekonomi negeri dengan cukup baik dan menggunakan sumber secara lestari.
“Dahulu kita bergantung kepada minyak dan sumber-sumber yang kecil, kemudian kita tambah kayu balak, seterusnya kita buka lebih daripada satu juta hektar ladang kelapa sawit untuk menambah sumber ekonomi.
“Dengan ekonomi kita yang ber­tambah luas, bidang perniagaan pun bertambah aktif dan banyak sumber pendapatan baharu yang wujud sehingga kita dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi.
“Ini semua adalah usaha kerajaan kerana kita mahu mendirikan se­buah masyarakat yang lebih baik,” jelasnya.
Sementara itu, beliau memberita­hu pembangunan Mukah dirancang dengan Koridor Tenaga Diper­baharui Sarawak (SCORE) akan menyediakan lebih 300,000 peluang pekerjaan teknikal, sekali gus me­nambah pendapatan rakyat.
“Kita mahu rakyat mengambil kesempatan daripada peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan. Melalui pekerjaan, mereka dapat membantu keluarga untuk menam­bah pendapatan.
“Inilah usaha kita untuk men­jadikan rakyat hidup senang dan mempunyai sumber pendapatan yang banyak serta menjamin kes­ejahteraan hidup,” katanya.
Turut hadir Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Muhammad Leo Toyad, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, Residen Ba­hagian Mukah Saudi Narani dan Pegawai Daerah Mukah Muham­mad Nawawi.

by Nicklos Louis Kaderi. Posted on February 16, 2013, Saturday

No comments:

Post a Comment