Thursday, February 28, 2013

Himpunan Barisan 1M’sia dapat sambutan hebat

KUCHING: Himpunan Barisan 1Malaysia yang berlangsung di Dewan Majlis Islam di sini semalam mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 1,000 peserta dari 67 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
SAMBUTAN HEBAT: Ahmad (duduk, dua kiri), Pandi (duduk, kiri) dan Idris (duduk, tiga kiri) bersama tetamu jemputan serta hadirin menunjukkan isyarat 1Malaysia pada majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Kuching, semalam. — Gambar Jeffery Mostapha
SAMBUTAN HEBAT: Ahmad (duduk, dua kiri), Pandi (duduk, kiri) dan Idris (duduk, tiga kiri) bersama tetamu jemputan serta hadirin menunjukkan isyarat 1Malaysia pada majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Kuching, semalam. — Gambar Jeffery Mostapha.  Lebih seratus Facebookers UMB BN Sarawak juga menghadiri dan menyokong program tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, perkembangan itu mencerminkan hubungan baik yang terjalin di antara kerajaan dan NGO.
“Bukan senang untuk menghimpunkan golongan NGO kerana mereka mempunyai komitmen lain seperti kerja berbanding menghimpunkan peserta dari kalangan penjawat awam.
“Saya amat berbesar hati kerana program ini menerima sambutan menggalakkan daripada pelbagai NGO,” katanya dalam ucapan perasmian semalam.
Hadir sama, Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi PBB Datuk Dr Idris Buang.
Menurut Ahmad, Sarawak merupakan negeri kesepuluh lokasi himpunan seumpama itu diadakan.
Perhimpunan itu, katanya, merupakan penghubung antara kerajaan dan NGO dalam usaha membangunkan negara.
Selain mengiktiraf peranan NGO, katanya, program tersebut turut memberi penjelasan mengenai gagasan 1Malaysia, Dasar Transformasi Nasional dan negara maju berpendapatan tinggi yang sedang diusahakan.

Utusan Borneo February 28, 2013, Thursday

1 comment:

  1. Syabas BTN dan UMB PBB kerana telah menganjurkan program HImpunan 1Malaysia yang berjaya. Kami peserta berasa sangat untung dapat menghadiri dan turut serta dalam program BTN dan UMB PBB ini. Terima Kasih.

    ReplyDelete