Sunday, July 24, 2011
Tiada alasan bertapak di Sarawak
by Adib Othman. Posted on July 23, 2011, Saturday
Prestasi buruk SUPP tidak patut jadi alasan lulus permohonan PPP ke negeri ini
KUCHING: Prestasi buruk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada pilihan raya lepas tidak sepatutnya menjadi alasan untuk meluluskan permohonan Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk bertapak di Sarawak.
Exco Pemuda PBB Negeri Ambrose Jemut Ukam berkata, Putrajaya membuat kesilapan besar dengan menganggap PPP boleh menjadi alternatif lain untuk SUPP.
“SUPP adalah parti yang majoritinya masyarakat Cina dan PPP bukan… oleh itu, jangan jadikan kekalahan SUPP sebagai alasan PPP untuk bertapak di sini,” katanya apabila dihubungi semalam.
Tegasnya, walaupun SUPP hanya memenangi enam daripada 19 kerusi pada pilihan raya yang lepas, Barisan Nasional (BN) Sarawak mampu memenangi dua pertiga majoriti.
“Sekiranya BN Sarawak kalah pada pilihan raya yang lepas, kita tidak ada masalah untuk menerima parti dari Semenanjung Malaysia untuk masuk ke sini… tetapi ini tidak berlaku.
“Dan selain itu, PBB berjaya memenangi kesemua 35 kerusinya,” tambahnya.
Kelmarin (Khamis), Naib Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili turut menyuarakan kekecewaannya dengan keputusan Putrajaya yang meluluskan permohonan PPP untuk membuka cawangan di negeri ini.
Katanya, keputusan tersebut gagal mencerminkan semangat persaudaraan di kalangan parti komponen BN seperti yang selalu dilaungkan oleh pemimpin BN.
“Keputusan Putrajaya sangat mengejutkan kerana BN Sarawak masih teguh,” katanya sambil berkata, hubungan Sarawak dan Putrajaya mungkin sedikit terjejas ekoran keputusan tersebut.
Pandi turut menambah, adalah tidak mustahil rakyat di negeri ini mempersoalkan keikhlasan pemimpin BN di Semenanjung Malaysia.
“Adakah kita mahu kembali ke era di mana setiap pergerakan dan ucapan pemimpin Semenanjung dipersoalkan keikhlasannya,” katanya.
Beliau turut menggesa pemimpin BN dari Semenanjung Malaysia memberi penjelasan terhadap tindakan tersebut yang tidak menghormati semangat persaudaraan di antara parti komponen.
Sementara itu, Ambrose berpendapat bahawa PPP hanyalah budak suruhan untuk parti yang lebih besar dari Semenanjung Malaysia meninjau keadaan di negeri ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sarawak for sarawakian only..semoga politik sarawak tidak menerima sebarang politik dari malaya/semenanjung yang cuba untuk merosak suasana harmoni di sarawak
ReplyDeleteSifat manusia 'Belum Mencuba Belum Tahu'.Mungkin sentimen tersebut yg cuba diutarakan oleh Putrajaya. Meluluskan permohonan PPP mungkin disalah anggap sebagai pemangkin utk UMNO utk bertapak di Sarawak.
ReplyDeleteJika itu yg mereka inginkan,biarkan & sambutlah dengan tangan terbuka.Sebagai komponen BN,tidak guna kita mempersoalkan krn kelulusan telah pun diberikan.
Cuma nasihat sy,jangan terkejut dgn Culture Shock di Sarawak.Dgn penduduk yg berbilang kaum,pelbagai adat resam & budaya serta bahasa,PPP lebih cenderung gagal utk bertapak di sini. Wlpn niat utk membantu BN keseluruhannya,sebaliknya mugkin menkucar kacirkan serta menjadi "duri dalam daging' dlm BN Negeri pada masa akan datang.
Dengan segala Hormat & Takzimnya PM kita Dtk Seri Najib dipohonkan agar menarik balik kelulusan tersebut. Rasianalnya,agar PPP menumpukan perhatian kpd Politik di Semenanjung yg memerlukan apa2 saja bantuan utk menumbangkan kemaraan parti Pembangkang. Berikan kepercayaan kpd BN Negeri seperti mana yg telah diberikan oleh Pemimpin terdahulu.
Perkuatkan kembali jentera UMNO di semenanjung dgn beberapa pembaharuan,serapkan minda pemuda-pemudi kita akan Kasih Sayang & Tanggungjawab kpd Negara serta kpd Pemimpin. biarkan Parti Pembangkang dengan perjuangan nya, insyaallah kita akan kembali berkuasa utk pilihanraya ini.
Tlg fikir2an